Yang Rasulullah nak bagi tahu satu masa umatku dikatakan syirik tadi, mereka bukannya menyembah matahari. Satu masa nak jadi ni mereka bukannya menyembah patung-patung berhala. Satu masa nak jadi syiriknya mereka bukan menyembah batu-batu.
Tetapi nak jadi syirik ni satu masa mereka akan mempertontonkan, mereka akan mempertunjukkan mereka akan mempamer dan menonjolkan amalan-amalan dan ibadah-ibadah masing-masing di depan muka orang lain.
Rasulullah bimbang syirik ni masing-masing nak tunjuk dialah yang paling soleh. Dialah yang paling baik. Dialah yang paling beriman. Dialah yang paling mukmin. Dengan menunjukkan amalan-amalan dan ibadah ni supaya terlihat dan dipandang oleh manusia lain.
Bila Rasulullah kata demikian, Syaddat menangkap sesuatu, ya Rasulullah. riak. Syirikkah itu wahai Rasulullah? Bila dia sebut riak, Rasulullah membenarkan, benar wahai Syaddat.
Sesungguhnya seseorang yang sedang. berpuasa. Tiba-tiba datang kepadanya salah satu daripada syahwat dunia. Maka dia berbuka puasa. Orang itu sedang berpuasa tiba-tiba datang salah. syahwat dunia yang menyebabkan dia berbuka. Tapi bila orang tanya, depan orang, puasa tak? Orang beriman, puasa. Padahal tak puasa.
Itu yang Rasulullah bimbang. Ketahuilah bahawa sesungguhnya syirik jenis ini lebih licik dan lebih halus daripada butiran-butiran pasi
Comments