Paginya Mereka Islam dan Pada Petangnya Telah Kufur Kepada Allah



Nikmat Allah untuk dikurniakan hidayah yang sangat besar yang tidak diberikan hanya melainkan dengan kuasa dan izin daripada Allah Subhanahuwataala. Kena bagi tahu dekat anak-anak walaupun umur empat tahun, walaupun umur lima tahun bagi tahu adik, Islam dan Islam yang adik ini adalah daripada Allah Subhanahuwataala. 

Sebab kita duduk di zaman yang Nabi kata kalian akan berada di satu zaman. Kalian melihat pada paginya mereka Islam dan pada petangnya mereka telah pun kufur kepada Allah. Ini zaman dia. Hadis itu Nabi sebut seribu empat ratus tahun yang lalu. Lama dah. Nabi kata akan sampai satu zaman, kamu akan tengok umat aku Islam, tapi petang itu Islam bangun pagi esok mereka telah pun kufur kepada Allah. Yang ini berlaku hari inil. Macam-macam. Kekeliruan yang berlaku di pada umat nabi. 

Tuan-tuan, umat nabi Sallallahualaihiwasallam yang dirahmati Allah sekalian.  Seribu empat ratus tahun yang lalu Rasulullah meninggalkan umat dia tetapi Rasulullah memberikan satu khabar gembira. Bahawasanya di kalangan umat Nabi Muhammad akan ada sekumpulan ulama yang benar. Sampai kiamat. 

Kumpulan ulama ini kumpulan yang benar. Mereka akan hidup sampai kiamat. Sebab bila Nabi dah wafat maka tiada lagi rasul kerana Muhammad Sallallahualaihiwasallam itu Nabi yang paling last. Dia Nabi yang terakhir. Seribu empat ratus tahun, umat hidup tiada rasul. Siapa nak bagi tahu tentang hukum dan hakam? Siapa nak bagi tahu kehendak Allah. Siapa yang nak hurai macam mana kita nak hidup dengan apa yang dituntut oleh Allah? 

Jawapan dia, para ulama yang akan menjadi para pewaris nabi. Maka umat akhir zaman seperti mana para sahabat dulu bila bawa anak-anak, depa tunjuk itu Rasulullah. Duduk di Madinah, ayah dia masuk Islam sebelum Nabi berhijrah. Ayah dia waktu nabi masih di Mekah selalu bagi tahu. Wahai Huzaifah? Nanti akan berhijrah ke sini seorang Rasul, nama dia Muhammad. Muhammad sangat menyayangi kita. 

Muhammad ini diberi gelaran seorang yangbercakap benar dan dia dipanggil oleh orang-orang Mekah dengan al-Amin. Orang Mekah ,dia orang Mekah kadang-kadang tak panggil dia dengan nama Muhammad, orang Mekah memanggil beliau Rasulullah itu dengan nama al-Amin, orang yang baik, yang amanah. Dia bagi tahu kat Huzaifah, maka Huzaifah membesar dengan telinganya, dipenuhi dengan nama Muhammad dan Allah Subhanahuwataala. 

Sebab itu sebelum bertemu dengan Rasulullah Saidina Huzaifah telah pun masuk Islam. sebelum jumpa Nabi, masuk Islam. Begitu yang sahabat-sahabat ajar kepada anak-anak, kepada anak-anak. Ada seorang budak umur dua tahun. lapan bulan. Dua tahun lapan bulan. Saya bawa dia pergi kedai bukan anak saya. Anak jiran. Dah duduk jiran saya di sekolah. Kan? Ha dua tahun lapan bulan. Depa pun selalu mai rumah saya. Main-main dalam rumah apalah budak-budak ni. Kecil lagi. Tak pandai bercakap baru dua tiga empat perkataan. 

Hari itu hujan renyai-renyai saya buka tingkap. Saya buka tingkap kemudian basahlah. Dia pun kata acah. Kan ustaz, aa lepas itu saya pun tutup. Kemudian bila saya tutup saya kata siapa bagi basah? Dia pun tengok saya, dia kata, Allah bagi basah. Berenang air mata kita. budak tak sampai tiga tahun. 

Tapi bila kita selalu sebut, bila berjalan dengan dia, kita tunjuk pokok, kita kata Allah cipta. Bila dia tunjuk kucing, kita kata Allah cipta. Bila nak pi masjid, kita kata kat dia rumah Allah. Jangan bising, solat. Dia solat walaupun dia kecil. Tuan-tuan, itu cara para sahabat memperkenalkan anak-anak mereka dengan Allah dan juga dengan Rasulullah SAW.

Comments