Cara Untuk Istiqamah Apabila Kita Berhijrah



Antara cara untuk istiqamah apabila kita berhijrah. Hijrah yang saya maksudkan ialah berubah. Berubah kehidupan kita daripada yang penuh dengan. maksiat kepada iman. Berhijrah daripada kehidupan kita yang tak solat kepada solat. 

Hijrah hidup kita daripada tak bertudung kepada bertudung. Nombor satu mestilah hijrah itu ikhlas kerana Allah. Ini tak boleh lari. Kamu berubah bukan sebab suami kamu, berubah bukan sebab malu dekat isteri. Kamu berubah bukan sebab nak bagi semangat kat anak-anak. 

Kamu berubah bukan sebab jiran ataupun mak ayah kamu. Berubah bukan sebab untuk orang puji. Kamu berubah bukan sebab untuk naik rating tetapi kamu berubah kerana Allah. Kerana 

Dia yang menciptakan aku. Dia yang nak aku kembali kepada Dia. Allah berkata, apakah kalian menyangka Aku ciptakan keadaan ni main-main saja-saja Aku cipta kalian. Tidak sekali-kali. Aku ciptakan kalian, mewujudkan kalian di atas muka bumi ini bukan untuk saja-saja dan bukan untuk abasan sia-sia. 

Apakah kalian menyangka kalian tidak akan dikembalikan kepada aku. Maksudnya di mahsyar nanti tuan-tuan, kita semua akan menghadapkan kepada Allah di ketika itulah kita kembali kepada AllaAzza waJallah.

Comments