Tidak tidur terlalu lama kerana menyebabkan umur seseorang itu berlalu tanpa mendapat pahala. Hal ini jika waktu tersebut digunakan untuk melakukan amal dan ketaatan. Jangan ajar untuk tidur. Manusia ini standard kata Imam Ghazali, tidur ini 8jam, 8 jam kita tidur sehari. Hidup kita 24 jam, bahagi tiga, 8jam...8jam...8jam, 24. 8 jam kita tidur, maka umur kita 60 tahun, 20 tahun tidur sahaja.
Maka kalau orang itu kaki tidur, bila masa untuk buat amal. Nak cari duit lagi 40 tahun, sudah. Maka sedikit sangatlah amalan. Sehari habis berapa jam misalnya, tengok diri sendiri lah..sampai 8 jam buat ibadat? ada? siapa dia buat 8 jam ibadat? masjid, surau berapa minit? ngajar (kuliah) berapa sahaja? sampai ke tidak 8 jam.
Kalau 8 jam kita buat ibadat maka 20 tahun. Kalau umur kita 60 tahun, 20 tahun kita buat ibadat. 20 tahun belum tentu lagi (ibadat) ikhlas atau tidak. Akhir sekali (mungkin) 1 tahun sahaja amalan. Tiba-tiba rasa banyak amalan, banyak ikut lain (bukan ibadat), tidur sahaja sudah banyak mana. Maka tidur bayak menyebabkan kurang amalan lebih-lebih lagi semasa kita hidup pun, masa bangun sudah malas untuk beramal, tidur lagi lah menyebabkan kurang amalan. Nak berzikir, nak berselawat pun sudah malas, jika tidur sudah tiada apa-apa.
Tidak tidur...ini antara benda makruh. Tidak tidur di antara kaum yang sedang bangun kecuali jika darurat. Yakni tidur ketika orang tengah ramai. Berguling (tidur lena), makruh hukumnya kerana apa? kerana menyebabkan terbuka aib. Bunyi berdengkur. Ingat hujan, rupanya ada orang tidur. Pada hal tidur di bucu dah ( bahagian jauh dari orang) tapi tempat orang ramai, terbuka aib kita. Dia nampak sopan tidur, berkepit tapi ingat hujan musim-musim hujan ni (bunyi dia berdengkur). Jadi jangan tidur depan orang ramai, kalau kita tidur juga takut terselak, muka kita berubah jadi rimau ke (rupa yang aib) maka tidak elok (tidur di tempat orang ramai). Sesuai kalau tidur cari tempat yang privacy, tempat bersendirian tidur jauh dari orang lain. Jangan tidur di tengah-tengah alam (tempat orang ramai) orang tua sebut. Makruh hukumnya. - Kuliah Ustaz Muhaizad al Yamani
Comments