Siapakah Yang Memudahkan Laluan Ibadah Itu?



Dalam dunia ini ibadah banyak, maka bila Allah sentiasa mengilhamkan kepada kita, sentiasa bagi hidayah kepada kita untuk elokkan ibadah, tuan-tuan akan tengok badan kita ringan. Anggota badan kita ringan untuk digerakkan kaki kita ke rumah Allah.

Ringan, jadi mudah. Tuan-tuan macam mana tuan-tuan tengok untuk beribadah dalam bulan ramadan, kan senang. Semua orang apabila masuk bulan ramadan senang. Boleh sentuh Al-Quran, tuan-tuan tidak perasan kah? Allah lorong, mudah sedekah, mudah datang masjid, mudah solat berjemaah, mudah pegang Al-Quran.

Tuan-tuan, siapakah yang memudahkan laluan ibadah itu? Jawapannya Allah. Allah yang mempermudahkan ibadah pada bulan ramadan. Allah itu lah juga yang akan mempermudahkan ibadah-ibadah pada bulan-bulan yang lain. Cuma kena berdoa. Mesti berdoa minta dengan Allah. Mesti berdoa, mesti memperbanyakkan doa itu. Apabila ada sesuatu permintaan, maka perbanyakkan permintaan itu kepada Allah kerana Allah paling suka manusia atau hambanya yang paling banyak permintaan kepada Nya. - Kuliah Ustaz Wadi Annuar

Comments