Soalan. Telah melakukan solat taubat, tanpa sedar buat balik dosa yang sama.
Bila kita bertaubat, misalnya selepas 2 tahun kembali melakukan dosa yang sama. Bagaimana dosa sebelum ini ( 2 tahun dulu), dosa dulu adakah kamu betul-betul bertaubat? bertaubat bersungguh-sungguh, Allah sudah ampunkan.
Dosa yang sama dibuat balik, wajib bertaubat. Ada orang kata, kalau buat balik dosa sama, dosa sama yang lepas itu kena wajib taubat semula, itu salah. Dosa dahulu kamu taubat nasuha, taubat bersungguh, Allah ampunkan. Dosa baru (buat balik dosa yang sama) wajib bertaubat.
Allah kasih kepada orang yang banyak bertaubat. Bukan sekali, kalau lah sekali ayatnya bunyi begini Allah suka orang yang bertaubat sekali. Tapi yang selalu bertaubat. Buat dosa lagi kemudian taubat, buat dosa lagi kemudian taubat. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Adakah ada sesiapa di sini hanya sekali melakukan dosa dan sehingga hari ini tidak melakukan dosa?
Comments