Thursday, June 21, 2012

Subhanallah, Keajaiban Kunang-kunang

Penerangan menjadi suatu simbol penting bagi peradaban di era moden. Namun, di alam semesta ini, anda tentu pernah menjumpai cahaya kecil yang menerangi kegelapan malam hari.

Meski kecil, namun cahayanya begitu kuat dan terang, namun sumber penerangan ini sangatlah berbeza dengan bola lampu. Sumber cahaya itu sama sekali bukanlah benda, melainkan makhluk hidup.

'' Ia adalah seekor kunang-kunang,'' ujar cendekiawan Muslim, Harun Yahya.

Menurut dia, makhluk kecil itu menghasilkan cahaya dalam tubuhnya meski ia tidak mempunyai bola lampu.

Meskipun tidak menggunakan elektrik, ia mempunyai teknologi yang jauh lebih hebat.

'' Teknologi ini lebih berkesan dari bola lampu yang mampu merubah sepuluh peratus saja dari tenaganya menjadi cahaya, sedangkan sembilan puluh peratus selebihnya berubah dan hilang menjadi panas,'' papar pemilik nama asli Adnan Oktar.

Sebaliknya, kata dia, kunang-kunang mampu menghasilkan hampir seratus peratus cahaya dari tenaga yang ada. Ini kerana reka bentuk sempurna pada sistem sinar-cahaya yang dimilikinya. Tubuhnya berisi bahan kimia khusus bernama lusiferin, dan enzim yang disebut lusiferase.

Untuk menghasilkan cahaya, dua bahan kimia ini bercampur, dan percampuran ini menghasilkan tenaga dalam bentuk cahaya. Molekul kompleks ini telah direka secara khusus untuk memancarkan cahaya. Penempatan setiap atom yang membentuk molekul tersebut telah ditentukan sesuai dengan tujuan ini.

Tidak ada keraguan bahawa rekabentuk biokimia ini bukanlah sebuah kebetulan. Ia sengaja diciptakan secara khusus. Sebagaimana Allah telah memberi semua makhluk hidup ciri mereka masing-masing, Dia juga telah mengajarkan kunang-kunang cara membuat cahaya.

Tapi, untuk apakah kunang-kunang membuat cahaya melalui teknologi yang sedemikian maju. Untuk mencari jawapan atas soalan ini, kita harus melihat lebih dekat sekawanan kunang-kunang. Sekumpulan kunang-kunang dalam jumlah yang besar, hingga beratus-ratus ribu, di malam hari memunculkan pemandangan yang membuat kita seolah sedang berjalan di bawah bintang-bintang.

Cahaya ini adalah penting bagi kunang-kunang sebagai alat komunikasi. Sepanjang sejarah, manusia telah menggunakan pelbagai cara untuk berkomunikasi. Salah satunya adalah kata laluan morse, yang terdiri daripada gabungan isyarat panjang dan pendek, dan dipakai pada telegram. Kunang-kunang menggunakan isyarat cahaya untuk berkomunikasi, cara yang menyerupai kata laluan morse.

Kunang-kunang jantan menyalakan dan memadamkan cahayanya untuk menghantar mesej kepada sang betina. Mesej ini mengandungi kod tertentu. Dan kunang-kunang betina menggunakan kod yang sama untuk menghantar mesej balasan kepada sang jantan. Sebagai hasil dari mesej timbal-balik ini, sang jantan dan betina mendekat satu sama lain.

Sejak saat ia dilahirkan, tiap kunang-kunang mengetahui bagaimana menghantar mesej dengan cara ini, dan bagaimana memahami mesej yang dihantar oleh yang lain. Ringkasnya, masing-masing dari ribuan kunang-kunang yang kita lihat bersama di kegelapan malam adalah sebuah keajaiban penciptaan. Pencipta sistem yang luar biasa ini adalah Allah, Pencipta semua makhluk hidup.

Dalam sebuah ayat dinyatakan: "Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS. Al-Hasyr, 59:24)

sumber republika.co.id

0 Responses to “Subhanallah, Keajaiban Kunang-kunang”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam