Monday, June 4, 2012

Sungai Eufrat, Gunung Emas, dan Hari Kiamat

Rasulullah SAW bersabda,'' Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan mendedahkan 'Gunung Emas' yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, 'Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup'.'' (HR Bukhari).Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lain, Rasulullah SAW bersabda,'' Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang ada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa-apa darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama. Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan mendedahkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir zaman.Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenal dengan nama Al-Furat atau air yang segar. 

Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.'' Sungai itu membelah pengunungan Toros, lalu melewati Syria di bandar Jarablus, melewati Iraq di bandar al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di Al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,'' ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu mencapai 2.375 kilometer. Dua anak sungainya, yakni Al-balikh dan Al-Khabur sudah kering.                                                                

  ***

Pada saat Nabi Muhammad meramalkan masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, wilayah subur di daerah mediterania itu masih dikuasai oleh dua kuasa besar, Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas alami dari dua kerajaan tersebut.Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga merangkumi daerah Yaman hingga daerah disekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine merangkumi sebahagian Syria (bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.Seiring perkembangan zaman, dengan kebangkitan Islam dan bersatunya daerah-daerah di Arab, dua kuasa besar itu mahu tidak mahu menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baru dan mula menunjukkan taringnya pada masa Khalifah Abu Bakar.Gesekan pun mulai terjadi. Parsi mahupun Byzantine tidak boleh lagi menganggap enteng kekuatan negara Islam.

 Maharaja Parsi sempat menghantar pasukan untuk menyerang Madinah. Byzantine juga menyerang kawasan utara kekuasaan negara Islam, yang mengakibatkan terbunuhnya Jeneral Muslim, Zaid bin Haris.Pasukan Islam mulai menggenggam kemenangan pada masa Khalifah Umar bin Khattab. Saat itu, kekuatan negara Islam berada d iatas dua kerajaan besar yang sudah ada sebelumnya itu. Selama 10 tahun, pelbagai pencapaian dalam dunia tentera didapati.Pergerakan ke Syria, negara yang dilintasi Sungai Eufrat, bermula pada era Umar. Sebahagian daerah yang sebelumnya dikuasai oleh Bizantium akhirnya berjaya ditakluki kekuatan pasukan Muslim.Sementara itu, Parsi merasa bimbang. Mereka sudah kehilangan kekuatan pada kawasan perbatasn di sebelah barat Sungai Eufrat. Bebeberapa peperangan pun terjadi antara Kerajaan Parsi dan pasukan Muslim. Pada akhirnya, Parsi berjaya tunduk di bawah kekuasaan pemerintahan Islam.Wilayah itu kemudian menjadi salah satu bahagian penting bagi penyebaran agama dan peradaban Islam di seluruh dunia. Penaklukan terhadap Parsi inilah yang juga menandakan awal mula peradaban Islam di sisi sungai Eufrat.                                                                 

  ***

Khalifah Umar bin Khattab kemudian membentuk wilayah-wilayah pentadbiran untuk memudahkan proses pemerintahan. Beberapa wilayah itu adalah Makkah, Madinah, Syuriah, Semenanjung (wilayah antara Sungai Tigris dan Eufrat di Iraq), Basrah, Khurasan, Azerbaizan, Parsi, dan Mesir. Setiap gabenor di tempatkan di daerah itu. Mereka bertanggung jawab pada sang Khalifah. Pada masa-masa inilah, agama Islam juga menjadi kuat di daerah-daerah tersebut. Berkat kepimpinan Umar, Islam sampai saat ini masih menjadi ideologi dan peradaban penting di kawasan sekitar Sungai Eufrat. Namun dalam perkembangannya, apa yang telah diramalkan oleh Nabi Muhammad sepertinya mulai muncul.Pelbagai polemik soal ketersediaan air dari sungai tersebut selalu mencuat di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan DAM selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. 

Pembuatan DAM di Turki berpengaruh pada debit air yang mengalir di Syria.Pembuatan DAM di Syria akan mempengaruhi air yang sampai di Iraq. Walaupun belum sampai pada tahap peperangan, tetapi perdebatan soal air ini masih saja terjadi. Banyak orang mulai khuatir, bahawa ramalan Nabi Muhammad pada akhirnya menjadi kenyataan.Ramalan itu telah disebutkan dalam hadis di atas, yakni Sungai Eufrat menjadi kering dan terjadi peperangan setelahnya. Kebimbangan ini tampak dari banyaknya laman-laman yang mengungkap tanda-tanda akhir zaman berkaitan dengan keringnya sungai yang berakhir di Teluk Parsi itu.

sumber dari republika.co.id

0 Responses to “Sungai Eufrat, Gunung Emas, dan Hari Kiamat”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam