Sunday, June 29, 2014

Puasa Ramadhan 15 Jam Dengan Suhu 50 Darjah Celcius Di Tanah Suci

Pengunjung ke Tanah Suci dan penduduk Arab Saudi di jangka bakal berhadapan dan menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun ini selama 15 jam dengan suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius (500C).
Suhu ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak 25 tahun lalu, iaitu pada musim Ramadhan 1989 iaitu 49.80C (49.8 darjah Celsius).
Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 450C tahun lalu. - AGENSI
Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 45'C tahun lalu. – AGENSI
.
Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.
Umat Islam yang berada di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung bulan suci berkenaan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani memberitahu bahawa suhu ketika Ramadhan akan terus tinggi berikutan tekanan rendah di Semenanjung Arab dan keadaan cuaca panas yang melanda di seluruh Asia Barat.
Al-Qahtani berkata “Suhu dijangkakan antara 45 hingga 50 darjah Celsius dijangka melanda Makkah, 42 hingga 47 di Madinah, 44 hingga 47 darjah Celcius di Riyadh dan Wilayah Tengah.”
“Sementara itu suhu sehingga 50 darjah Celsius diramalkan melanda Wilayah Timu Arab Saudi, 39 hingga 45 darjah Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi,” jelas Hussain.
Beliau berkata, “Sebelum ini Makkah mencatat rekod suhu paling panas 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.”
Umat Islam yang berada di Arab Saudi pada musim Ramadhan tahun ini diingatkan untuk bersiap sedia berhadapan dengan cuaca panas tersebut. Terutama mereka yang menunaikan ibadah Umrah Ramadhan dinasihatkan agar tidak terdedah terlalu lama di kawasa terbuka dan banyak meminum air zam-zam sambil mendoakan kesejahteraan diri dan umat keseluruhannya.

0 Responses to “Puasa Ramadhan 15 Jam Dengan Suhu 50 Darjah Celcius Di Tanah Suci”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam