Tuesday, May 20, 2014

Bolehkah Air Zam Zam Diberikan Kepada Orang Kafir?

1. bolehkah kita memberi air zamzam kepada orang kafir sekiranya mereka meminta?

Jawapan : Harus memberikan air zam-zam tersebut dengan syarat orang bukan Islamtersebut tidak memusuhi agama Islam dan tidak berniat untukmenyalahgunakan air berkenaan dan diniatkan supaya orang kafir berkenaanterbuka hati untuk memeluk agama Islam dengan izin Allah S.W.T.

2. Assalamualaikum…Panel al-ahkam.net yang dihormati, Adakah terdapat larangan dari Rasulullah saw tentang membahagi2kan air zam-zam kepada orang kafir?
Terima kasih.

Jawapan: wa’alaikumussalam, Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi shahnor77 dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa tidak diketahui pula terdapat sebarang larangan terhadap orang kafir keatas penggunaan air zam-zam, walaupun ada dikalangan ulama’ yang tidak menyukai perbuatan ini, akan tetapi pandangan ini tidak benar [IslamWeb, FatwaID : 2449].

Dari sudut lain pula, perbuatan memberi air zamzam kepada orang kafir merupakan satu kerugian kerana orang Islam yang lain boleh memunafaatkan air tersebut, melainkan orang kafir tadi memang dalam keadaan kehausan. Sabda Nabi saw :-

“Air Zamzam adalah untuk tujuan apa-apa ianya diminum” (Riwayat Ibnu Majah, 2/1018; Al-Maqaasid al-Hasanah oleh al-Sakhaawi, ms. 359).

Faedah air zamzam sebagaimana didalam hadith diatas, hanya di berikan kepada orang Islam sahaja. WA. Sekian, wassalam

*Sumber dari alhafiz.net dan soaljawab.wordpress.com

0 Responses to “Bolehkah Air Zam Zam Diberikan Kepada Orang Kafir?”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam