3 Janji Allah SWT Buat Mereka Yang Bersedekah


Memberikan sedekah bagi sesiapa, entah kaya atau miskin sangat dianjurkan dalam Islam. Dan Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang gemar bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang rajin bersedekah.

Ada 3 janji Allah yang diberikan kepada mereka yang bersedekah.

Janji Allah SWT tersebut telah disampaikan melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Berikut 3 Keutamaan Sedekah

1. Boleh Keluarkan Dosa Sedekah boleh menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, beliau bersabda,

"Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." (HR. Tirmidzi).

Tentu saja penghapusan dosa ini harus disertai dengan doa dan taubat nasuha dari perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Taubat ini juga bermakna harus berhenti daripada dosa yang pernah dilakukannya. Dan sedekah itu juga bukan berasal dari perbuatan yang melanggar syariat, seperti Rasuah, riba, mencuri, Berbuat curang, Mengambil harta anak yatim dan sebagainya.

Mereka sengaja merancang hal-hal diatas kemudian bersedekah agar pulang modal, tidak ada dosa. Perilkau seperti itu tentu saja tidak dibenarkan dalam agama Islam. Hal itu ibarat membersihkan kekotoran (dosa) dengan najis (rasuah dan sebagainya) yang lain.

2. Mendapat Naungan Di Hari Kiamat Rasulullah SAW menceritakan tentang tujuh jenis manusia yang akan mendapat naungan di suatu hari, yang ketika itu tidak ada naungan selain dari Allah SWT.

Salah satu jenis manusia yang mendapat naungan itu adalah orang yang gemar bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda, "Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya." (HR. Bukhari no. 1421).

3. Harta Tidak Akan Berkurang Janji Allah SWT yang sangat hebat lain adalah bahawa harta tidak akan berkurang neski kita sedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.

Rasulullah SAW bersabda, "Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya. "(HR. Muslim).

Lalu apa maksud sebenarnya bahawa hartanya tidak akan berkurang?

Dalam Syarh Shahih Muslim, An Nawai menjelaskan, para ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan di sini ialah dua perkara.

Pertama iaitu hartanya diberkahi dan dihindarkan dari mara bahaya. Maka pengurangan harta menjadi impas tertutupi oleh berkah yang abstrak. Hal ini boleh dirasakan oleh indera dan kebiasaan. Meski banyak juga yang terlihat oleh mata bahawa mereka yang rajin sedekah lalu justru bertambah kaya dan sejahtera.

Kedua Jika secara zatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut pulang modal tertutupi pahala yang diperolehi dan pahal ini akan dilipatgandakan sampai berlipat- ganda banyaknya.

Comments