Kenapa Allah Tidak Tolong Kamu?



Kalau kamu tolong Allah, Allah tolong kamu. Yang kalau Allah tolong kamu, maka tiada sesiapa yang dapat mengalahkan kamu. Kamu jangan melihat hanya bila Allah tolong saya, kamu jangan hanya gembira seronok kalau kita ditolong oleh Allah bila tak seorang pun yang dapat mengalahkan kita. Tapi tanyalah diri kamu sendiri sudahkah kamu dalam berperang, menolong Allah supaya dapat pertolongan dari Allah atau tidak? Jangan nak pancing ikan, tak ada umpannya nak dipancing. Nak dapatkan ikan, kita kena pancing. letakkan umpan. Demikian juga untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah. Pasanglah umpat untuk tolong dari Allah SWT. Tolong Allah untuk perjuangkan agama Allah perlu ikhlaslah juga. Perjuangkan agama Allah di dalam berjihad, tiada matlamat daripada jihad itu kecuali Allah Subhanahuwataala. 

Dan ketahuilah bila mana kekalahan dialami oleh kamu, disebabkan tiadanya pertolongan dari Allah dengan ketiadaan pertolongan Allah, orang lain mengalahkan kamu bukan bermakna Allah tak tolong kamu tapi problem pada diri kamu sendiri. Walaupun kamu berjihad, walaupun kamu.berada di medan perang. Kenapa tiada pertolongan dari Allah? Bukan pertolongan Allah tiada. Tapi sebab yang Allah minta kamu untuk tolong Allah kamu tak buat, nawaitu kamu untuk tolong Allah tidak betul maka Allah tak tolong. 

Sebab janji Allah adalah akan tolong orang-orang yang menolong Allah. Kalau pertolongan Allah itu tiada kepada orang yang zahirnya memperjuangkan agama Allah bukan petolongan Allah yang tak ada tapi perjuangan orang yang beriman itu mesti ada something wrong yang ada di situ. Ini masih merujuk kepada kisah peperangan Uhud. Mereka keluar berada di medan perang mereka. memegang pedang. Mereka mudah memegang tombak, mereka pakai baju besi, kalah juga. Eh, mana pertolongan Allah Subhanahuwataala? Penuhi tujuh syarat. Nak dapat pertolongan Allah. Penuhi tuntutan Allah supaya dapat pertolongan Allah Subhanahuwataala. Di dalam memperjuangkan agama Allah Subhanahuwataala di dalam berjihad di jalan Allah Subhanahuwataala. Di dalam menolong Allah subhanahuwataala. Ketelusan niat kerana Allah adalah menjadi sebab utama datangnya pertolongan Allah. Tapi bila mana di dalam jihad kamu itu ada matlamat duniawi. Di dalam jihad ini ada matlamat yang sifatnya selain kerana Allah Subhanahuwataala. Maka kamu terdedah untuk tidak diberi pertolongan oleh Allah SWT

Comments