Wednesday, December 28, 2011

Budak 8 Tahun ini juru gambar termuda Iraq

foto
Qamar Hashim Sultan menjadi jurugambar termuda dengan beberapa anugerah awal tahun 2011 saat usianya masih tujuh tahun. Sejumlah anugerah tempatan itu diperoleh dari Iraqi Society Photografic (ISP), perkumpulan para juru foto di negeri teluk itu. Karya-karyanya pun banyak dipaparkan dalam pameran yang terkemuka di Baghdad.

Ia menjadi pusat perhatian selepas anak berusia tujuh tahun itu berjalan melalui detail keselamatan untuk mengambil gambar pegawai kerajaan Iraq. Wali Kota Baghdad kemudian memberinya sebuah kamera digital. Kamera itulah yang kemudian dijadikan sebagai senjata fotografinya.


Kesukaannya mengambil gambar didapatnya dari sang ayah. Sejak umur empat atau lima tahun, ia mula mengambil gambar Sungai Tigris, burung camar, dan beberapa bangunan bersejarah. Ia ingin mengabadikan gambar api, letupan, atau sebuah insiden. Namun usianya yang terbilang belia belum membolehkan gambar itu direalisasikan.

Kini, ia yang sudah lapan tahun, masih punya hobi jalan-jalan yang memegang kameranya untuk mengabadikan gambar seputar Baghdad. Baginya, fotografi merupakan perkara penting kerana menjadi dokumentasi dari sebuah kehidupan termasuk segala sifat di dalamnya, baik bandar, manusia, mahupun suasana suatu tempat.

Melalui gambarnya, Qamar ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Iraq merupakan sesuatu yang berharga, mempunyai keramahan, dan sejarah yang besar. Iraq dalam pandangannya mempunyai erti khusus. "Saya mencintai Iraq, rumah saya, dan itu lebih berharga daripada apa pun," ujarnya dalam sebuah wawancara pada akhir Disember tahun lalu, seperti dikutip dari Reuters.

Qamar Hasyim punya gambar kegemaran daripada karyanya, yakni sasaran seorang lelaki yang tidur menjual buku-buku di jalanan Al-Mutanabi. Selain itu, gambar lebah di bunga mawar merupakan gambar pilihan lain. Sebab, demi gambar tersebut, ia harus banyak berlari mengikuti lebah itu.

Dari sekian banyak jurugambar profesional, ia mengagumi beberapa sosok dan banyak belajar daripada mereka, seperti Adel Qassim, Fouad Syakir, Kareem al-Ba'aj, dan Hameed Majeed.

REUTERS | AL JAZEERA | ANANDA PUTRI

0 Responses to “Budak 8 Tahun ini juru gambar termuda Iraq”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam