Saturday, December 31, 2011

Kejadian 'Snakes on a Plane' hampir-hampir terjadi

Penerbangan ini hampir saja mengalami pertarungan ala pelakon Samuel L Jackson dalam filem 'Snakes on a Plane'. Seorang lelaki hampir terlepas menyeludup 247 haiwan hidup, termasuk ular.

Lelaki bernama Karel Abelovsky (51) ini nekad menyeludup beratus-ratus haiwan, termasuk ular berbisa dan reptilia yang hampir pupus dalam sebuah beg.

Dia ditangkap ketika menaiki pesawat ke Madrid, Sepanyol, dari Buenos Aires, Argentina. Kakitangan keselamatan yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila beg yang diakui bahan organik itu bergerak.

Apabila beg dibuka, mereka mendapati 200 reptilia dan moluska. Juga ular beracun Amerika Latin yang dimasukkan ke dalam plastik telus.

Terdapat pula 15 ular sanca, dua yarara yang panjangnya 1,5 meter dan beberapa boa muda. Dua diantara haiwan itu mati dan yang lain terancam akibat kekurangan oksigen.

Lelaki ini telah tertangkap pada 7 Disember lalu, namun baru didakwa oleh pegawai Argentina. Abelovsky dihukum atas kesalahan penyeludupan dan akan dikenakan hukuman maksimum 10 tahun. - Disusun dari inilah.com




0 Responses to “Kejadian 'Snakes on a Plane' hampir-hampir terjadi”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam