Saturday, September 6, 2014

Subhanallah, Air Juga Boleh Mendengar

"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (QS Al Anbiya: 30). 

Dalam kitab-kitab tafsir klasik, ayat di atas menjelakan jika tanpa air semua hidupan akan mati kehausan. Dr Masaru Em oto dari Universiti Yokohama Jepun telah melakukan penyelidikan tentang sifat air. Air suci dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu disejukkan sehingga -5 darjah C di dalam makmal, kemudian gambar air diambil dengan menggunakan mikroskop elektron dengan kamera kelajuan tinggi. Molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Percubaan diulangi dengan membacakan, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. 

Kristal membentuk sebuah bentuk sangat indah. Lalu dia cuba dengan menghadapkan sebuah tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "syaitan", kristal itu lalu bertukar kepada bentuk buruk. Muzik Symphony Mozart dimainkan lalu kristal muncul semula dengan berbentuk bunga. Apabila muzik heavy metal diperdengarkan, kristal tersebut hancur. 

Apabila 500 orang menumpukan sebuah mesej "peace" di depan botol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah. 

Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia untuk menguji air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin dan dia juga diundang ke Pejabat Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005. Air boleh "mendengar" kata-kata, boleh "membaca" tulisan, dan boleh "memahami" mesej. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam mesej, seperti pita magnetik atau compact disk. 

Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam mesej dicetak di dalam air. Air boleh memindahkan mesej tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang didoakan boleh menyembuhkan si sakit. 

Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Air putih gelen di rumah, boleh setiap hari didoakan dengan khusyuk kepada Allah agar anak yang meminumnya soleh, sihat, bijak atau suami yang meminumnya tetap setia dalam rumah tangga. Air tadi akan berproses di dalam tubuh dengan menyampaikan mesej kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, mesej tadi akan dilaksanakan dalam tubuh tanpa kita sedari. Jika bekalan air minuman di suatu bandar didoakan, insyaAllah semua penduduk yang meminumnya akan menjadi baik. 

Rasulullah saw. bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya". Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah ... Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat kerana dia menyimpan pesanan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim as.

Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. 

Bahawa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh yang menunggu disingkapkan oleh manusia. Islam adalah agama yang paling dekat dengan air. Senelum bersolat kita diwajibkan berwuduk. Jika berjimak, suami isteri diwajibkan mandi hadas. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang menyuruh memandikan jenazah, malahan ada yang dibakar. Malah ada antara manusia menggunakan air secara membazir, bahkan kita juga cemari air. Astaghfirullah. 

Seorang saintis Jepun adalah rintis dalam kajian tersebut. Saintis muslim harus meneruskan kajian ini berdasarkan Al Quran dan hadis. Wallahu a'lam. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber zilzaal.blogspot.com

0 Responses to “Subhanallah, Air Juga Boleh Mendengar”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam