Muslim meriwayatkan hadis dalam sahihnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bumi memuntahkan 'potongan-potongan daging' (afladz al-kabid) sebesar tiang berupa emas dan perak. Lalu datanglah seorang pembunuh dan berkata, 'Kerana ini aku membunuh.' Lalu datang seorang tukang begal dan berkata, 'Kerana ini aku diasingkan.' Lalu datang seorang pencuri dan berkata, 'Kerana ini tanganku dipotong!' Kemudian mereka membiarkan dan tidak mengambilnya sedikitpun . "
Ini adalah salah satu tanda kekuasaan Allah, iaitu Allah memerintahkan bumi untuk mengeluarkan kekayaannya yang terpendam. Rasulullah SAW menamakan kekayaan yang terpendam itu dengan Alfadz al-kabid. Kata Alfadz bermaksud "sekeping hati unta." Yang lain menerangkan ertinya adalah "sepotong daging." Hadis ini memberikan perumpamaan, yakni bumi mengeluarkan potongan-potongan yang terkandung di dalamnya. Lalu, Nabi mengumpamakan potongan-potongan itu dengan tiang kerana besarnya dan jumlahnya yang banyak.
Ketika manusia melihat banyaknya emas dan perak, mereka bersikap zuhud dan sedih kerana mereka berbuat dosa dan maksiat dalam usaha memperoleh harta yang hina ini. [Sumber: Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi]
Comments