Wednesday, February 4, 2015

Tahukah Anda Mengapa Anda Tidak Menangis Ketika Membaca Al-Quran


Khabar berita disampaikan kepada Imam Ahmad bin Hambali mengenai salah seorang muridnya selalu bangun malam dan mengkhatamkan al-Quran secara sempurna hingga terbit fajar. Kemudian dilanjutkan dengan solat subuh.Imam Ahmad (A) pun ingin mengajarkannya cara mentadabburi al-Quran. Datanglah ia kepada muridnya itu, kemudian berkata: "Aku dengar kamu melakukan ini dan itu ..?
Muridnya (M) menjawab: "Ya"

A: "jika begitu, cuba nanti malam kamu lakukan seperti semalam-semalam, tapi apabila membaca al-Quran, bayangkan kamu membacanya di hadapanku. Atau seakan-akan aku mengawasi bacaan.

Keesokan harinya, datanglah si murid, dan Imam Ahmad bertanya hasilnya. Si murid menjawab: "Aku hanya boleh membaca 10 juz saja"

A: "Cuba nanti malam baca al-Quran seakan-akan kamu membacanya di hadapan Rasulullah SAW"

Keesokan harinya si murid datang lagi dan berkata: "Ya imam, aku hanya sanggup membaca juz 'amma saja"

A: "Nah sekarang, cubalah nanti malam kamu baca al-Quran seakan-akan di hadapan Allah 'Azza wa Jalla" Si murid pun kaget disuruh seperti ini.

Keesokan harinya, si murid datang dengan mata bengkak akibat dari menangis. Imam pun bertanya: "Apa yg kamu lakukan anakku?"

Si murid menjawab sambil menangis: "Ya imam, demi Allah, sepanjang malam aku tidak boleh menyempurnakan bacaan surat al-Fatihah"

***** Al-Quran adalah kalam Allah kepada kita .. Maka bacalah ia dengan hati, bukan hanya sekadar dengan lisan. Semoga ALLAH mengumpulkan kita di hari kiamat kelak bersama golongan hamba2-Nya yang senantiasa memuliakan Al-Qur'an. Aamiin .. Wallahu a'lam bish-shawab ..

0 Responses to “Tahukah Anda Mengapa Anda Tidak Menangis Ketika Membaca Al-Quran”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam