Sunday, April 12, 2015

Dengar Ayam Berkokok, Jangan Siakan Peluang Ini


AYAM merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah SWT, yang mempunyai banyak manfaat bagi manusia. Keberadaannya memberikan berkah bagi kita. Dari mula tubuhnya hingga hasil perkahwinannya, yakni telur, semuanya boleh dimanfaatkan. Terutama untuk memenuhi makanan kita.

Ternyata bukan hanya raga dan hasil kawin saja yang dapat kita rasakan dari ayam, suara merdu yang sering keluarnya pun memberikan isyarat yang baik bagi kita. Bukan bermakna isyarat atau rangkaian yang sering kita gunakan untuk internet ya, tapi petanda baik bagi kita. Suara merdu tersebut sering kita katakan berasal dari ayam yang berkokok.

Ketika kita mendengar ayam yang berkokok, maka jangan pernah terlepas peluang ini. Mengapa? Pada saat ini, dikatakan bahawa ayam yang berkokok itu sedang melihat malaikat. Hal tersebut dijelaskan dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

"Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kepada Allah kurnia-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat, ..." (HR. Bukhari, Juz 6, h. 350 dan Muslim, Juz 4, h. 222).

Jadi, apabila ada ayam yang berkokok, hendaknya kita berzikir kepada Allah. Serta jangan lupa kita memohon agar diberi keutamaan (fadhilah) dari-Nya. Kesempatan inilah yang jangan sampai kita terlepas. Kerana, insya Allah pada masa-masa inilah doa kita lebih mudah dimakbulkan Allah SWT. Wallahu 'alam

Sumber: Adab Islam dalam Kehidupan Sehari-hari/Karya: Mahdy Saeed Reziq Krezem/Penerbit: Media Da’wah

0 Responses to “Dengar Ayam Berkokok, Jangan Siakan Peluang Ini”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam