Friday, April 24, 2015

Nelayan Gaza: Ini Pertolongan Allah


Sekatan darat menyebabkan penduduk Gaza sukar untuk mendapatkan bekalan bahan makanan. Tidak hanya berhenti di situ, Israel juga menyekat nelayan Gaza ke laut dengan had sejauh enam batu. Di tengah kesulitan seperti itu, tiba-tiba ratusan ikan yu menghampiri ke Pantai Gaza.

Akibatnya, dengan mudah nelayan Khan Younis, Gaza Selatan menangkap kira-kira 100 ikan yu tersebut. Tak perlu menggunakan kapal besar, para nelayan cukup menggunakan kapal dan jaring tradisional untuk menangkap ikan-ikan jerung itu.

Seperti yang dilaporkan oleh Xinhua, Sabtu (18/4/2015), seorang nelayan Khan Younis melihat banyak ikan yu menghampiri ke perairan Gaza, kira-kira dua kilometer dari pantai. Nelayan tersebut kemudian memanggil rakan-rakannya.

"Tidak lama kemudian saya panggil teman-teman untuk menangkap ikan-ikan yang dihantar Allah itu," kata Fuad Amudi.

Fuad dan kawan-kawannya pun berjaya menangkap kira-kira 100 ikan yu hanya dengan jaring tradisional. Masing-masing ikan seberat 50 hingga 100 kilogram.
Mereka menegaskan, ikan-ikan yu tersebut adalah pertolongan dari Allah di saat Israel merumitkan mereka.

Para nelayan masih berharap Israel membiarkan mereka turun ke laut hingga 20 batu seperti sebelumnya. Yang terjadi saat ini, tentera Israel sering memburu nelayan Gaza yang turun ke laut lebih dari enam batu. Pasukan negara Yahudi itu juga tak jarang melepaskan tembakan dan membocorkan perahu nelayan Gaza.

0 Responses to “Nelayan Gaza: Ini Pertolongan Allah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam