Sunday, November 29, 2015

Erti Di Sebalik Salam 3 Jari


ANDA mungkin bukan peminat muzik metal. Tapi, di tahun 1990-an, siapa yang tak mengenal salam tiga jari? Salam Tiga Jari - ibu jari, telunjuk dan kelingking-yang diacukan. Atau bahkan mungkin anak-anak anda sahaja yang justru sangat familiar!

Salam Tiga Jari, secara umum memang hampir serupa dengan muzik metal. Bahkan mungkin sudah menjadi ikon muzik aliran keras tersebut. Cuba lihat saja, setiap ada konsert muzik metal, aliran keras, sebut saja seperti Metallica atau Guns N 'Roses, selalu dan pasti memberi Salam Tiga Jari. Tapi tidak hanya Metallica sahaja (atau para metal lain), ternyata banyak tokoh popular: mulai dari pemuzik, selebriti, ahli politik, sehingga filem kartun anak-anak pun, yang selalu melakukan Salam Tiga Jari.

Selain Metallica, ada PM Italy Silvio Berlusconi, Putera William, Bill Clinton, Spiderman, tokoh kartun Stuart Little, juga bekas presiden AS George W Bush-pada setiap kempen, selalu memberikan Salam Tiga Jari.

Jika memang demikian, bererti benarkah mereka peminat muzik metal? Atau mereka begitu senang dengan simbol salam tersebut? Atau memang hanya sebuah kebetulan belaka?

Salam Tiga Jari secara simbol diasoasikan dan boleh diertikan sebagai "Tanduk Kambing". Dalam bahasa Inggeris disebut "goat" dan secara bunyi bahasa sangat mirip ucapannya dengan kata "god" (Tuhan).

Dan malangnya, dalam dunia aliran sesat di barat (khususnya Freemasonry) - simbol itu juga merupakan simbol dari persembahan kepada kekuatan sesat.

Sedangkan sudah bukan menjadi rahsia lagi, jika Freemasonry-yang menyamar sebagai gerakan sosial, gerakan humanisme, organisasi saintifik, atau topeng kebaikan lain-adalah organisasi dan pergerakan aliran sesat yang terbesar di muka bumi ini!

Sudah bukan rahsia lagi, jika Freemasonry mempunyai tujuan utama menghapuskan semua agama, menghapuskan tiang-tiang kebajikan kehidupan dan menggantikannya dengan "Order Dunia Baru" mereka. Order Dunia Baru yang tanpa agama, tatanan dunia baru yang memuja kesesatan. Dan simbol salam tiga jari hanyalah salah satu cara di antara beribu cara lain yang digunakan mereka untuk mengelirukan masyarakat-dengan begitu halusnya, tanpa mereka menyedarinya.

*sumber islampos.com

0 Responses to “Erti Di Sebalik Salam 3 Jari”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam