Saturday, December 12, 2015

Berdosakah Jika Mengumpat Kepada Orang Bukan Islam?


Soalan : Saya nak tanya sikit.....berdosa jugakah kita ,jika mengumpat kepada seseorang yang bukan beragama islam.?

Jawapan : Seseorang muslim tidak sewajarnya membiarkan lidahnya terbiasa dengan menyakiti orang lain. Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلا اللَّعَّانِ وَلا الْفَاحِشِ وَلا الْبَذِيءِ

Maksudnya: “Bukan seorang mukmin (yang bagus) jika suka mencela, melaknat, bertabiat buruk, dan bercakap keji.” (HR al-Tirmizi. Katanya: “Hadis ini Hasan Gharib”)

Kedua: Jika yang dimaksudkan dengan mengumpat di dalam soalan ini menyebut sesuatu keaiban yang ada pada tubuh badan orang kafir seperti hidung besar, mata sepet dan seumpamanya. Maka perkara ini adalah HARAM, sekalipun seorang kafir, umpatan seperti ini termasuk memperlekehkan ciptaan Allah SWT.

Kata al-Syeikh Zakaria al-Ansori: “Ghibah (menyebut keaiban) seorang kafir adalah haram, jika dia seorang kafir zimmi (tidak memerangi islam)… dan harus jika dia seorang kafir harbiy (yang memerangi islam)…” (Lihat Asna al-Matolib berserta Hasyiahnya 3/116)

Berbeza jika menyebut keaiban yang dizahirkan dari sudut akhlak seperti seorang penzina, peminum arak dan seumpamanya. Keaiban itu pula disebut bertujuan memberi peringatan kepada orang lain. Maka perkara ini tidak mengapa. Wallahu a’lam.

*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my

0 Responses to “Berdosakah Jika Mengumpat Kepada Orang Bukan Islam?”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam