JANGAN MENCELA MAKANAN

Daripada Abu Hurairah RA kataya, “Rasulullah SAW tidak pernah mencaci sesuatu makanan. Jika baginda suka makanan tersebut ia memakannya dan jika Baginda tidak menyukainya maka Baginda tinggalkannya”. -Riwayat Bukhari dan Muslim.
Huraian Hadith:
  1. Setiap rezeki yang dikurniakan Allah semuanya baik kerana dengan rezeki  tersebut juga dapat memberi beberapa faedah dan manfaat kepada hambanya, sesuai dengan tempat dan keadaan di mana berada.
  2. Islam melarang umatnya mencela atau mencaci makanan yang diperolehinya.
  3. Islam menuntut umatnya supaya memuji makanan yang diperolehinya sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat tersebut.
JANGAN MENCELA MAKANAN
SUMBER: JAKIM

Comments