Mengelap Air Wuduk Selepas Berwuduk


Soalan : Selepas kita mengambil wuduk, adakah kita dibolehkan mengelap air wuduk itu dengan tuala?. Atau air wuduk itu dibiarkan saja dan terus bersolat. Mohon penjelasan daripada Ustaz.

Jawapan : Mengelap air wuduk terdapat dua pandangan iatu harus dan makruh.

1. Harus

Diamalkan oleh Usman alAffan, alHasan bin Ali, Anas bin Malik, alHasan alBasri, Ibn Sirin, adhDhahak, Abu Ya’la, Sufyan athThaury, asySya’abi dan Isyaq yg bersumber dari Ibn Umar ra. Inilah pendapat Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebahagian Syafi’iy. Dalil mereka:
(HR Termudzi dan an-Nasa’iy dari Aisya r.a “Adalah kerap Rasulullah SAW mempunyai perca-perca kain untuk mengeringkan anggota sesudah berwuduk.” Hasan menurut Albani (sahih aljami’ no 4706) 

Dari Salman alFarisi,” Bahawa Nabi membalikkan jubahnya untuk mengesat air wuduknya di muka.” isnadnya sahih menurut azZahabi, didha’ifkan oleh bn Hajar, tapi menjadi Hasan jika digabungkan dengan hadis Aisyah.(Hadis Riwayat Ibn Majah no. 468)

2. Makruh tanzih (makruh biasa)

Dipegang oleh selain yg kita senaraikan dalam pendapat pertama. dalil mereka: HR Bukhari-Muslim-Ahmad ibn Hanbal, dari Ummul Mukminin, Maimuna, Maimunah membawa kain untuk mengelap tapi Nabi menolaknya.”

Pendapat pilihan:

Pendapat pertama kerana alasan pendapat kedua tidak kuat kerana apabila Maimunah menceritakan Nabi menolak (faradduh) bukanlah bermakna Nabi SAW melarang.
(Ruj: Sifat Wudhu’ anNabiyy oleh Syaikh abd Rahman asySyuwaiyyib, Saudi Arabia.)

*sumber tanyalahustaz58.blogspot.my

Comments