Muslimah Pertama Menjadi Hakim di Amerika

https://i1.wp.com/www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2015/12/timthumb.jpg

BROOKLYN, Ahad – Di tengah-tengah kehangatan isu kenyataan Donald Trump yang mengatakan semua umat Islam perlu dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat, ada harapan bagi Islam di sana apabila seorang wanita Islam berkulit hitam mengangkat sumpah sebagai hakim di Brooklyn dan bersumpah di atas Al-Quran.

Carolyn Walker-Diallo, mengangkat sumpah Khamis lalu sebagai hakim sivil bagi Daerah Perbandaran 7 di Dewan Burough Brooklyn, New York, selepas dipilih bulan lepas.

Kebiasaannya di Amerika Syarikat dan majoriti negara-negara barat, ahli-ahli politik dan pelatih undang-undang akan mengangkat sumpah di atas Bible.

Namun begitu, Hakim Carolyn menukar tradisi tersebut dengan mengangkat sumpah ke atas al Quran sebagai tanda pengormatan terhadap kitab suci itu.

Carolyn yang menuntut di sekolah undang-undang New York ini, menggabungkan minatnya terhadap undang-undang dan sifat prihatinnya kepada masyarakat dengan mewujudkan East New York Youth Court.

East Youth Court ini melatih belia berusia 13-18 untuk menjadi hakim, peguam, kerani, pegawai mahkamah dan juri dalam kes-kes sebenar yang melibatkan rakan-rakan mereka.

Mengikut rekod, hakim wanita Muslim pertama di Amerika Syarikat ialah Sheila Abdus-Salaam, seorang warga Afrika-Amerika yang masih bertempat di New Mahkamah Tinggi New York- Agensi

Comments