Thursday, May 5, 2016

ILMU BUKAN PADA POINTER CGPA

GRED/CGPA VS ILMU
Atas faktor keadaan sekeliling yang mendesak saya untuk berasa terpanggil bagi menyimpulkan pemerhatian saya sejurus tampil mencoretkan penulisan ini buat tatapan semua sahabat-sahabat tentang suatu tajuk yang sangat dikhususkan buat para pelajar.Ini bukan fakta dari mana-mana profesor yang bertauliah. Ini cuma sedikit pendapat peribadi tulus dari hati saya sendiri. Kerana saya juga adalah seorang pelajar.Mungkin apa yang saya terlihat di sudut hati saya, barangkali ia dapat dijadikan sedikit pandangan yang boleh kita renungkan.
Kenapa masih ramai yang mengadu susah untuk lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan, susah menerima ilmu ketika di dalam kelas, tidak dapat menjawab soalan peperiksaan akhir dengan baik? Adakah guru yang ditugaskan mengajar kita ketika itu tidak terlalu cemerlang buat mendidik kita sebagai manusia yang berilmu?
Hidup ini, selain daripada menghabiskan masa tidur dan mengisi perut, kita diciptakan oleh Allah Ta’ala dengan tujuan mencari dan terus mengali di mana kedudukan ilmu itu berada. Kenapa kita perlu hidup untuk belajar?Ramai yang mungkin akan berkata untuk mendapatkan ilmu.Persoalannya  adakah demi mendapatkan ilmu atau sijil,kerja,gred peperiksaan yang baik dan lain-lain?
Lantas bila ditanya hampir kesemua jawapannya menghampiri persamaan tetapi cara dipraktik barangkali akan ada bezanya.Ilmu adalah sesuatu sangat bernilai jika hendak dibandingkan dengan emas atau perak sekalipun. Dengan ilmulah seseorang yang digelar bodoh bertukar menjadi seorang yang bijak,seseorang yang dianggap hina berubah menjadi mulia juga yang tidak mengerti mampu memahami.Ilmu akan meninggikan darjat seseorang :

Firman Allah s.w.t : ” Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . ” ( Al-Mujadalah : 11 )

Allah s.w.t berfirman : Katakanlah Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? “Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )

Sebaliknya,realiti yang berlaku dikalangan para pelajar zaman kini adalah sesuatu yang sangat berbeza dari tuntas tuntutan.Ini kerana ramai pelajar yang menjadikan ilmu sesuatu yang telah diremehkan disebabkan mereka lebih mengutamakan GRED/CGPA peperiksaaan mereka berbanding kefahaman sesebuah ilmu.Walaupun GRED/CGPA itu sesuatu yang patut dianggap penting tetapi itu bukanlah alat untuk mengukur tahap kepandaian seseorang.
Adakah erti kejayaan ditafsirkan dengan pelajar yang tinggi GRED/CGPA sebaliknya kosong ilmu kefahamannya.Seringkali kita tanamkan sifat taksub kita pada harta kekayaan sehingga membuatkan kita lupa di mana titik punca yang seharusnya kita mulakan di dalam erti hakikat sebenar menuntut ilmu. Erti kejayaan yang kita lihat tidak akan menjadi realiti sekiranya kita terlupa dan terleka untuk terus belajar mendapatkan ilmu demi sebuah kefahaman yang patut dihayati serta disusuli dengan cara mempraktikkannya.
Ilmu akan kekal di atas amalan yang berterusan,Lihatlah pada hari ini,setiap pelajar kini sibuk berlumba-lumba mengejar kejayaan untuk lulus dengan jayanya demi mendapatkan sehelai kertas yang bernama sijil kelulusan sehingga sanggup menipu dan meniru di dalam peperiksaan demi kerjaya makan gajinya,rumah dan kereta besarnya disebalik kontang ilmu kefahaman,idea,nilai dan cara fikir dalam memajukan dirinya dan umat .Siapa yang paling bijak menghafal,meniru dan menipu sebelum dan semasa peperiksaan bakal dijanjikan denganGRED/CGPA yang baik.
Apa yang ada pada kelulusan jika kita gagal mengemudi arah tujunya apabila tamat pembelajaran kelak.Belajar memang merupakan tuntutan agama kita. Atas nama tuntutan juga lah jangan kita jadikan ianya diari hidup sebagai melepaskan batuk di tangga. aku sudah belajar, jadi aku serah sepenuhnya pada takdir illahi. Belajar untuk sehelai diploma atau ijazah mungkin boleh kita tempelkan di atas resume ketika memohon pekerjaan. Tapi sampai bila ianya akan berguna untuk diri kita sendiri secara berterusan.
Adakah dengan nilai GRED/CGPA yang tinggi cemerlang itu sudah menjaminkan kejayaan hidup kita dan adakah mereka yang gagal itu sudah di takdirkan hidup di dalam kesusahan.Maka tidak hiranlah jika ada juga yang membunuh diri tatkala gagal di dalam peperiksaan.Jika di tanya bagaimana teknik belajar yang cemerlang, jawapannya mudah sahaja. Sebelum anda memikirkan soal lulus dan gagal, ketahuilah dahulu mengapa anda perlu menjadi seorang pelajar.
“Nilai sekeping kertas bernama sijil akan terhapus jika tercampak di dalam longgokan api, sebaliknya ilmu lebih menjaminkan kesederhanaan jika kita tahu menjiwainya”Hidup atas ilmu bermaksud menjalaninya semata-mata atas jihad kepada Allah.Disini ada juga segelintir golongan agamawan yang menyempitkan keluasan ilmu Islam dalam mempelajari sesuatu ilmu dengan menyatakan fisabilillah itu hanyalah pelajar yang belajar dalam bidang agama seperti usuludin,syariah,tahfiz dll sebaliknya menyatakan pelajar yang bukan daripada bidang tersebut tidak fisabilillah sehingga ada juga yang lebih sempit menyatakan itu adalah ilmu sekular dan barat.Jikalau sakitnya mereka doktorlah juga tempatnya dll.
Secara hakikatnya,itu adalah pendapat yang sangat salah dan barangkali akan menjerumuskan kepada kejatuhan umat Islam.Saya sepenuhnya bersetuju,memang bidang agama patut diiktirafkan dan setiap Muslim wajib mempelajarinya serta ia tidak hanya merujuk kepada pelajar yang mempelajarinya sahaja bahkan keseluruhan Muslim tidak kira apa sahaja bidang seseorang itu kerana ilmu agama adalah asas yang patut ada pada setiap pelajar Muslim dalam mencorakkan nilai kebaikan individu yang terdapat pada seseorang.
Islam bukan kekurangan para pelajar agamawan tetapi kurangnya ilmuwan,cendiakawan,golongan bijak pandai,saintis,intelektual dan pakar-pakar dalam bidang tertentu yang soleh dan memenuhi ciri seorang Muslim demi memajukan umat Islam.
“Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); mengapa tidak, sekelompok daripada tiap-tiap puak (kabilah) antara mereka memperdalami ilmu agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah) “(Surah At-Taubat: 122)
Maka,bagaimana akan hadir semua golongan  ini jika pelajar hanya lebih mengutamakanGRED/CGPA sebagai penentu hidup sebaliknya mengetepikan peranan ilmu secara hakikat.Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk berjihad atas dasar Agama,Bangsa atau apa-apa sahaja berbanding daripada kita belajar tanpa mempunyai kefahaman yang jitu terhadap sesuatu ilmu, belajar sekadar mahu lulus peperiksaan sahaja. Adakah itu berhak untuk dikatakan sebagai seorang pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat?
sumber https://diskusitajdid.wordpress.com

0 Responses to “ILMU BUKAN PADA POINTER CGPA”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam