Kami cenderung untuk mengatakan bahawa Rothschild adalah berasal dari keturunan Ibn Sayyad atau nama sebenarnya Saff atau Abdullah bin Said. Beliau adalah penduduk Madinah berbangsa Yahudi ketika zaman Rasulullah SAW. Ibn Sayyad pernah hendak dipancung oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika kanak-kanak kerana mengaku sebagai nabi di depan Rasulullah.
Dalam buku kedua kami bertajuk Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal, kami mendedahkan bahawa ungkapan Rothschild itu mempunyai makna tersembunyi yang menunjukkan tanda hubungkaitnya dengan Dajjal. Dan kami percaya bahawa nama itu diberi sendiri oleh Dajjal kepada keturunan cucu-cicit Ibn Sayyad sebagai satu Kod Rahsia agen-agennya di masa depan.
Maksud istilah “ROTH”
Rothschild adalah nama dalam bahasa Jerman dan terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu Roth dan Schild. Menurut kamus nama Jerman, Roth bermaksud rambut merah atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa Yahudi suku Ashkenazi yang mempunyai rambut merah. Manakala dalam kepercayaan klasik Eropah, Roth adalah gelaran kepada kanak-kanak hasil sumbang mahram. Dalam hujah buku ini, kami mengambil hujah bahawa Roth itu bermaksud “anak sumbang mahram”.
Maksud istilah “Schild”
Schild adalah ungkapan yang dalam kamus Jerman membawa maksud seseorang yang hebat yang tinggal di dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tanda-tanda ketokohan yang tiada tolak bandingnya. Jika diteliti pada bunyi ungkapan Schild, bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.
Dalam menterjemahkan teori ini, kami mengambil hipotesis bahawa maksud nama Schild sebenarnya merujuk kepada Dajjal yang tinggal di dalam sebuah biara yang mana dirinya dijumpai oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan di dalam hadith riwayat Imam Muslim.
Kesimpulannya
Berdasarkan ketetapan takrifan tersebut, kami menyimpulkan nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud “Dajjal si anak haram yang berambut kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.”
Kajian lanjut tentang rahsia nama Rothschild berserta hadith-hadith boleh dilihat pada Bab 22 buku Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal. Ms 232 – 241.
sumber ibniyaacob.org
Comments