Islam Agama Kedua Terbesar di Itali

Ahli komuniti Muslim Itali telah membincangkan masalah yang dihadapi minoriti Islam di Itali dan pecapaian orang Islam disektor ekonomi Itali. Mereka mengeluh keranan kurangnya status rasmi bagi kumpulan agama terbesar kedua di negara ini.

"Angka dari badan statistik nasional Istat mengatakan bahawa ketia ini terdapat sekitar 1,700,000 Muslim di Itali," kata Izzedin Elzir Imam Florence dan pengerusi persatuan Muslim Unione delle Comunità e Organizzazioni Islamiche di Itali (UCOII), pejabat berita ANSA melaporkan pada hari Selasa, 11 Februari lalu.

"Ada lebih dari 700 masjid di Itali, "tambah Elzir.

Persidangan ini diadakan di Niccolò Cusano University dan dihadiri oleh beberapa ahli terkemuka daripada komuniti Muslim Itali.
Sebuah masjid di Itali
Bercakap dalam persidangan tersebut Elzir berkata, peranan Muslim telah banyak menyumbang dalam ekonomi Itali.

"Muslim telah membuat sumbangan untuk 4-5 % dari KDNK negara, "kata Elzir.

"Islam merupakan nilai tambah bagi Itali."

Walaupun "nilai tambah" komuniti Muslim memberi kesan baik bagi Itali, tetapi Muslim di sana tidak mempunyai status rasmi, imam tersebut menambah.

"Terlepas dari kenyataan bahawa kebebasan beragama ditetapkan dalam Perlembagaan, tetapi tidak adanya undang-undang yang dihasilkan telah menyebabkan komuniti Muslim de facto tidak diakui oleh Negara Itali."

Tetapi Itali mempunyai peraturan bagi agama lain seperti Yahudi dan Budha.

Agostino Cilardo pakar dalam hukum Islam di Naples Orientale University, berkongsi kebimbangan yang sama.

"Masalah kekurangan perwakilan adalah salah satu yang konkrit, tidak hanya satu yang rasmi, " kata Cilardo.

"Ketika anda menyusun kesepakatan dalam pemerintahan, kita sukar untuk menentukan siapa yang boleh bercakap atas nama umat Islam di Itali, "katanya.

Kurangnya status rasmi bermakna setiap organisasi Muslim tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan pembiayaan melalui undang-undang Itali yang membolehkan wajib cukai boleh memperuntukkan sebahagian dari cukai mereka ke kelompok agama pilihan mereka.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Comments