Organisasi Islamic State (IS) mula menyebarkan sepanduk dan papan tanda pengumuman di bandar Mosul yang menunjukkan keuntungan dan nilai mata wang dinar baru milik negara Islam.
Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Arab 21 bahawa Negara Islam akan menerbitkan 3 jenis mata wang yang terdiri dari emas, perak, dan tembaga, di mana satu dinar mata wang IS setara dengan 139 dolar AS.
Rencananya IS akan mengeluarkan pecahan wang sebanyak 1, 5, dan 10 dinar dan dirham dalam sistem mata wang.
Tampak sejumlah warga di wilayah provinsi Ninawa tampak bersemangat untuk mengenal mata wang baru yang akan menggantikan mata wang sebelum ini yang dikeluarkan oleh kerajaan Iraq.
Sebelumnya organisasi Negara Islam menyatakan bahawa mata wang dinar dan dirham miliknya akan menggantikan mata wang Iraq, dan lira Syria yang telah beredar di masyarakat.
*Sumber dari eramuslim.com
Comments