Tuesday, March 26, 2013

Kisah indah mimpi bertemu Rasullullah - Ustaz Dr. Harun Din


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi).



RASULULLAH s.a.w tidak pernah terputus hubungannya dari alam ini sehingga ke hari kiamat.

Seorang tokoh sufi mengatakan makam tertinggi dan kenikmatan puncak seseorang di dunia ialah berjumpa Nabi Muhammad dalam keadaan jaga. 
Jika seseorang mimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w, pasti itu Rasulullah sebenarnya kerana syaitan dan jin tidak boleh menyerupai Baginda. 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi).

Mimpi bertemu Rasulullah adalah nikmat yang Allah berikan kepada mereka yang terpilih. Ada kalanya mereka memperbanyakkan selawat dan salam serta ketaatan yang sempurna.

Ibnu al-Baqilani berkata: “Makna daripada hadis-hadis itu bahawa mimpi bersama Nabi Muhammad adalah benar dan bukan impian kacau serta bukan pula penyerupaan syaitan.” 

Mimpi itu memiliki etika tersendiri hanya difahami pelakunya. Hal itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Mimpi itu adalah nikmat yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya. 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila zaman sudah dekat, maka tidak ada mimpi seorang Muslim yang bohong. 

Dan, mimpi seorang Muslim adalah sebahagian daripada empat puluh enam (tanda-tanda) kenabian.” 

7 Responses to “Kisah indah mimpi bertemu Rasullullah - Ustaz Dr. Harun Din”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam