Kenapa orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin?

Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar iaitu Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang melaungkan anti- Zionis!

Isfahan yang terletak di tengah-tengah Iran dan dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.


IRAN ISRAEL2 420x289 Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan



Kita harus tahu mengapakah orang-orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi Daneil adalah salah seorang  nabi yang sudah meramalkan kejadian- kejadian sebelum kiamat dan beliau dikenali di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar dan Nabi Hajayy .

Di Iran juga ada makam Bunyamin iaitu saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Mereka menganggap Isfahan sebagai bandar yang lebih spesifik lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya selepas kemusnahan Jerusalem oleh Novukhodonsur .

Sejarah sudah merekodkan hal ini dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.

Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak- anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.
Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034 : " Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ' Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi. " 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com petikan dari (Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan)

Comments

Unknown said…
astaghfirullah ,bgtu bnyak org yhudi(pngikut dajal) di timur tengah
Anonymous said…
assalamualaikum,
bagaimanakah rupa nya selendang Parsi tu.
sub ha nallah.
Anonymous said…
Sure Israel tak akan serang iran seperti yg dikhabarkan di media..semuanya mainan je