Saat Dajjal dibunuh

Sabda Nabi SAW,

"... Kemudian semasa tentera Islam sedang mempersiapkan perang dan mengatur barisan , dan pada masa itu sembahyang akan ditubuhkan, Isa bin Maryam turun, lalu mendatangi tentera Islam ini. Ketika itu, apabila musuh -musuh Islam melihat Isa bin Marya , maka mereka pun ( hancur ) luluh seperti luluhnya garam di dalam air. Seandainya Isa bin Maryam tidak mendatangi ( untuk membunuh ) mereka , musuh -musuh Islam itu telahpun (sedia ) luluh, sehingga dapat dikalahkan dengan mudah saja. Akan tetapi Allah (memang telah menetapkan bahawa Dia ) bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa memperlihatkan darah
Dajjal yang mengalir di hujung tombaknya (kepada umat Islam itu ) . "
(Muslim )

Sabda Nabi SAW,

"Dajjal itu diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan yang semuanya memakai jubah hijau. Apabila mereka melihat Nabi Isa , maka luluhlah mereka seperti luluhnya garam di dalam air. Maka Dajjal pun melarikan diri ( daripada Nabi Isa AS). Nabi Isa kemudian berkata , "Aku pasti akan membunuh kamu dan kamu tidak akan berupaya memukul aku. " Nabi Isa ( mengejar ) lalu menangkapnya di Pintu Lud, suatu bandar berhampiran Baitulmaqdis, bahagian timur,lalu Nabi Isa membunuhnya. Setelah itu, Allah memporak - perandakan orang -orang Yahudi dan mereka dibunuh semahu - mahunya. "

***
Sebenarnya Dajjal dan bala tenteranya itu memang boleh dan mampu dilawan oleh orang-orang Islam yang ada itu tetapi Allah SWT memang bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa AS seorang , tidak oleh orang lain. Dan selepas turunnya Nabi Isa AS itu, seluruh kelengkapan Dajjal yang tersergam megah itu hancur berkecai dan rosak binasa , tidak ada satu pun yang tinggal lagi. Orang- orang Yahudi yang mengikut Dajjal itu juga porak-peranda dikerjakan oleh orang- orang Islam. Tidak ada seorang pun yang selamat melainkan habis semuanya dibunuh oleh mereka. Akhirnya habislah riwayat bangsa Yahudi dari atas muka bumi ini untuk selama- lamanya. Yang tinggal hanyalah orang -orang Yahudi yang telah sedia memeluk agama Islam.

Comments