Kalaulah aku hidup suatu hari, kata Rasulullah, hari yang aku hidup ini tidak bertambah sebarang ilmu yang mendekatkan aku dengan Allah SWT maka hilanglah keberkatan terbitnya matahari hari itu. Itu Rasulullah tuan-tuan. Nabi ini manusia paling dekat dengan Allah SWT, paling hampir dengan Allah Ta'ala. Baginda sebut, kalau aku hidup suatu hari tidak bertambah ilmu, hilanglah berkat terbit matahari hari itu. Ilmu ini sama ada kita belajar, kita dengar, kita baca, kita perhati, kita ambil ikhtibar.
Berkata imam al- Ghazali, jalan untuk kamu jadi baik ini ada tiga. Yang pertama cari lah guru yang mursyid yakni guru yang boleh menegur kita, boleh nasihat kita bila dia nampak keburukan dia berani tegur kita tapi imam al- Ghazali kata aku yakin kamu payah nak jumpa guru macam ni. Zaman aku payah dah nak jumpa guru macam ini. Apatah lagi pada zaman kita ini. kalau kamu tidak mendapat yang pertama, kamu cari yang kedua.
Yang kedua iaitu bersahabat dengan sahabat yang baik. Kita kawan dengan orang baik. Orang yang tak tinggal sembahyang, orang tak buat dosa besar pada Allah Taala. Orang hidup dalam ibadah pada Allah. Orang hidup dalam taat perintah Allah ya. Di mana sahabat kamu itu boleh nasihatkan kamu dan kamu boleh ambil iktibar dengan dia. Orang yang bersahabat dengan orang baik ini perumpamaan bersahabat dengan penjual minyak wangi. Walaupun kita tidak beli minyak wangi itu, wangi itu kita boleh cium juga. Kalau kita berkawan dengan orang jahat, orang tak sembahyang, orang yang derhaka umpama orang yang berkawan dengan tukang besi. Walaupun tak kena api, bahang panas akan kena juga. Jadi kata Imam Ghazali, kamu cari sahabat yang baik. Yang boleh kita sekali dengan dia, kita tegur dia, dia tegur kita. Dia peringatkan kita. Ya kata Nabi kawan kamu tu kawan yang sering kali ingatkan pada Allah. Bila kamu lupa dia tolong peringatkan.
Kata Imam Ghazali, aku yakin kamu akan payah jumpa orang macam ini. Kata Imam Ghazali, kalau kamu susah untuk jumpa yang pertama dan kedua, yang ketiga ini tidak payah nak cari tok guru, tak payah cari kawan iaitu kamu pergi mana-mana tempat orang berkumpul, buka telinga dengar (ceramah). Bila kita dengar orang cerita benda baik, kebaikan itu ini berazam lah untuk kamu buat. Ya Allah berilah kekuatan kepada aku untuk aku buat. Dan bila kita dengar keburukan, dia cerita benda tak elok, benda-benda yang mungkar, benda maksiat, benda tak baiklah maka berazamlah untuk kamu tinggal.
Comments