Curi Bateri, Insaf dan Mahu Bertaubat - USTAZ AZHAR IDRUS



Saya pernah curi bateri, pula dah. Di sebuah kedai di Indonesia beberapa tahun lalu. Saya sudah insaf. Tapi saya tak tahu cara menebus hutang ini. Saya tak mampu nak pergi Indonesia. Dan saya tak ingat bilangan bateri yang saya curi. Bagaimana hukum dan caranya ustaz?

Dia pergi melancong ke Indonesia, sampai di kedai dia curi bateri. Balik ke Malaysia semula, dengar tentang dosa jadi takut. Nak pergi semula Indonesia tak ada duit dah nak bayar tambang. BRIM tak ada dah sekarang. Deh. Ha jadi macam mana nak tembus? begini, dosa ni ada dua. Satu dosa kita dengan tuhan. Satu dosa dengan makhluk. Dosa dengan Allah mudah. Mung minum arak 7 treler sekalipun sekali taubat beres, Allah ampun. Mung berzina dengam 5 juta awek, kamu taubat Allah ampunkan. Tapi kalau mu ambil seringgit, duit harta orang lain, taubat tak terima, melainkan kena pulang balik seringgit tadi. Nampak, dosa ambil hak orang dosa besar. Kait dengan maruah orang. Sebab itu nabi pernah sebut, orang mengumpat lebih teruk daripada orang yang berzina. Terkejut sahabat, guane gitu mengumpat lebih teruk daripada berziana. 

Nabi kata, orang yang berzina dia taubat Allah ampun. Orang yang mengumpat, Allah takkan ampun selagi tak minta maaf dengan orang yang diumpat. Jadi dalam bab ambil harta orang selagi tak pulang balik bateri tadi tidak diterima taubat. Jadi macam mana sekarang? Nak gi tak boleh dah. Ulama-ulama sebut wajib kena kirim kepada orang yang balik ke sana. Ramai orang Indonesia duk sini, sekarang ada media masa ada media sosial tulis dalam itu dak. ha boleh PM dan sebagainya. Jika benda itu sudah tak ada, wajib kena bayar harga bateri tadi. 

Jika tak ada duit, tak mampu dah, maka dikira zimmah jadi hutang  sampai sepuluh lagi kita mampu. Sepuluh tahun tu, cukup tu duit wajib kena hantar juga. Tidak ada maaf. Tak boleh harta orang tak boleh. Tak boleh, kita wirid, zikir panjang, tak boleh pakai. Mesti pulang balik, nampak? Dan jika sikap tak dapat diketahui pemiliknya ulama sebut, hendaklah kita bersedekah dengan nilai tersebut dan doakan kepada Allah minta Allah jadikan tuan punya hutang ni halalkan perbuatan kita ini di akhirat nanti. Itulah caranya.

Comments