Golongan Yang Bergembira Melihat Musibah Menimpa Kepada Mereka Yang Dikasihi Oleh Allah SWT




Kalau kamu sabar menghadapi siapa? Menghadapi perangai orang sakit hati itu. Yang seronok kalau musibah menimpa kepada kaum muslimin. Yang susah hati bila mana nikmat didapati oleh kaum Muslimin. 

Penyakit perangai itu yang tak puas hati dengan nikmat orang yang didapat dari Allah. Orang yang senang bergembira melihat musibah menimpa kepada mereka yang dikasihi oleh Allah SWT. Kalau kamu ya mukmin, bersabar dengan perangai mereka. Kamu tak boleh nak lawan kepada mereka dengan nak berdialog, berdebat kepada mereka. Kerana sifat hasad mereka. Sabar saja. Tak payah layan kepada mereka. Sabarlah kamu, gunakan senjata sabar kalau kamu menghadapi orang yang hasad dengki. Kepada marahnya api hasad  daripada orang yang hasad cukup daripada buruknya hasad ini, Allah suruh kita berlindung di dalam al-Quran daripada bahaya orang yang hasad bila mana menghasad.

Dan kami pelindung kepadamu ya Allah daripada bahaya orang yang hasad dengki bila mana menghasad. Sebab apa? Ini adalah bahaya yang paling besar. Ada kepada seseorang yang membela penyakit hasad dengki di dalam hatinya. Jadi dalam penyakit dibela pula. Baca surah al-Quran supaya dapat terubati itu hasad. 

Sabarlah kamu menghadapi maraknya api hasad orang yang menghasad kepada kamu sesungguhnya kesabaran kamu itu senjata untuk memadamkan atau membunuh kepada hasad yang ada pada orang tersebut. Itu api akan makan dirinya sendiri. Kalau tak ada yang dimakan api kalau menyala dikasi apa dikasi kayu dikasi kertas semakin dia menyala orang hasad itu kalau dilayan semakin dia memarah dia punya hasadnya, kita yang kasi marah. 

Sabar. Sabar kita senjata untuk membunuh kepada hasad orang tersebut umpama api yang akan memakan dirinya sendiri bila mana tidak ada yang akan dimakan. Sabar kata Allah subhanahu wataala maka. kalau kamu sabar, bertakwa kepada Allah, tidak akan memudaratkan kepada kamu hasad dengki mereka, tipu muslihat mereka. Rancangan mereka yang orang lain tak tahu tak akan datang mudarat kepada kamu. Gembiranya mereka bila musibah menimpa kepada kamu tak akan mengubah rahsia yang Allah letakkan dalam musibah itu. Sedihnya mereka kepada nikmat yang menimpa kepada kamu tidak mengubah status rahsia yang Allah simpan dalam nikmat yang Allah beri kepada kamu. Jangan kamu risaukan tentang gembiranya mereka. (Gembira melihat orang mukmin ditimpa musibah)

Comments