Persiapan Untuk Umat Akhir Zaman - Ustaz Wadi Annuar



Apa yang pertama, persiapan saya dan kita semua mesti kenal Allah, kenal Allah dengan cara Ahli Sunah Waljamaah bukan dengan cara wahabiah. Yang betulnya kenal Allah. dengan cara yang diajarkan oleh para ulama kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, dah seribu dua ratus tahun. Akidah kita, akidah, Assyairah. 

Hati-hati tuan-tuan, hari ni dalam media sosial ada orang ugama. Tapi dia kata akidah Asyairah sesat. Yang ni jangan ikut, tinggal. Yang kata sesat tu tinggalkan dia. Hati-hati yang menyalahkan ilmu kalam ataupun dia sebut akidah Asyairah sesat ataupun disebut sifat dua puluh sesat. Makin ramai yang berani tulis hari ni. 

Dulu dia sorok-sorok. Sebab akidah sifat dua puluh, Asyairah ini adalah akidah semua mufti dalam Malaysia ni. Majoriti lah saya sebut, majoriti sembilan puluh lima peratus, dalam Malaysia ni. Akidah mereka. Itu akidah kita. Yang mana yang menyesatkan sifat dua puluh tinggalkan ustaz itu. Tinggalkan orang itu. Hati-hati kerana dia telah terseleweng. Nak cari tok-tok guru pondok, ulama-ulama. kita semuanya di atas jalan. Itu akidah. Kena kukuhkan akidah kita untuk umat akhir zaman ini

Comments