Ada orang tak baik sangat pun tapi Islam, Islam sembahyang tak tinggal, puasa tak tinggal, ada lah buat adalah kesalahan. Mana ada makhluk yang tidak buat kesalahan. Kecualai para Nabi dan Rasul sahaja yang tidak berdosa. Makhluk lain besar mana pun serban dia, besar mana pun jawatan dia maka dia ada dosa dengan Allah. Antara banyak ataupun sikit saja.
Ada orang dia ni mati fasik tapi dia Islam. Tak hina Allah, tidak hina rukun Allah. Dia tak pernah tunjuk terang-terang maksiat yang dia buat seperti mana orang pada zaman ini buat. Bila dia mati, turun mai malaikat Munkar dan Nakir ni cerita dia cerita sahih ni mai malaikat Munkar dan Nakir tanya dia siapa Tuhan kamu dia tengok muka malaikat ni, dia kata ha ha la. Jawab dia kata aku tak tahu. Tak boleh jawab. Bila seseorang tak boleh jawab, malaikat nak pukul lah, boom nak rembaih.
Ada satu syafaat datang kepadanya. Safaat ini semua orang tahun. Satu surah dalam al-Quran bilangan ayat dia tiga puluh. Sesiapa yang beramal dengan surah ini maka Allah Subhanahuwataala akan mengangkat azab kubur daripadanya dan surah itu datang menyelamatkannya di hari barzakh nanti. Hadis ni hadis hasan. Apabila malaikat hendak pukul dia, surah ini datang lalu menghalang malaikat ini. Kata surah ini, kamu tidak boleh memukulnya kerana tuan aku ini, empunya roh ini adalah orang yang selalu membacakan aku ketika hidup dia dulu di atas muka bumi.
Fungsi surah ini paling besar ialah apabila siapa-siapa yang mengamalkannya maka surah itu akan menampan dan melindungi orang itu daripada azab azab kubur. Surah itu datang tahan dan berkata kepada malaikat, kamu tidak boleh pukul dia kerana dia membaca aku ketika dulu. Surah lain tak datang. Setiap surah mempunyai kelebihan masing-masing.
Jadi bila malaikat ini tak boleh bubuh kawan tu ikut kepala, dia nak empuk dah kepala tuan-tuan. Dia pi kut lain. Dia pi kut bahagian kaki, surah ni pi ikut bahagian kaki. Hadis ni hadis hasan. Surah al- Mulk. Bila malaikat hendak pukul tuannya dari arah kaki, surah ini tahan dan berkata kamu tidak boleh pukul orang ini. Kemudian malaikat pi arah lain, dia pi arah lain. Malaikat pi arah lain. Dia pi ke arah lain. Begitulah surah ini melindungi tuan yang selalu membacanya ketika hidup di dunia dahulu dengan izin dan arahan daripada Allah SWT.
Ramai daripada kita sebelum tidur tengok handphone sejam tengok youtube, tengok instagram. Lepas itu last last sekali terlena macam itu je. Sebelum tidur buka telefon, buka surah al- Mulk, ikut pelan-pelan. Ikut bacaan tersebut. Moga kita semua mendapat rahmat daripada Allah SWT
Comments