Thursday, February 6, 2014

Fakta Menarik Mengenai Angka 1-10 Dalam ISLAM



ANGKA 1
Istiqamah itu satu jalan. Awalnya kemuliaan, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat. Dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar:
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah} terutama di malam hari.



2)Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.


ANGKA 3
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagiaan hidup Rasulullah SAW:


1) Bau-bauan yang harum {wangi}.
2) Isteri yang solehah.
3) Cahaya mata di dalam sembahyang.

ANGKA 4
Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah: Barangsiapa yang d berikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah di beri kebaikan dunia dan akhirat:


1) Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang diiharamkan oleh Allah.
2) Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3) Malu yang menegahnya dari kejahilan orang2 jahil.
4) Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5
Berkata seorang soleh: Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:


1) Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}.
2) Kosong perut.
3) Melakukan qiamullail.
4) Memohon ampun d waktu sahur.
5) Mendampingi orang2 soleh {ulamak}.

ANGKA 6
Enam cara2 menghindarkan diri dari iblis:


1) Bertaqwa kepada Allah d mana sahaja.
2) Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3) Selalu berzikir dan berwirid.
4) Memperbaharui taubat.
5) Memperbanyakkan istighfar.
6) Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanfaat.

ANGKA 7
Tujuh anak-anak Rasulullah SAW:


1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Fatimah
7) Umi kalsum

ANGKA 8
Senjata-senjata perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada Islam dan umatnya:


1) Air mata
2) Merajuk dan suka bermanja-manja
3) Berhias diri dan bergaya
4) Berpura-pura sakit
5) Senyuman
6) Penipuan
7) Kata-kata yang manis
8) Mempertakuti bahawa ia akan lari

ANGKA 9
Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut:


1) Sombong atau ego
2) Ujub dan riak
3) Hasad dengki
4) Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5) Ingin berlawan terutama sesama ulama
6) Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7) Pemarah
8) Ingin dihormati {gila puji}
9) Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah

ANGKA 10
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:


1) Para Nabi dan Rasul
2) Para ahli Jihad {mujahid}
3) Para ahli Ulama
4) Para Syuhada
5) Huffazul Quran
6) Imam atau Pemimpin Yang Adil
7) Muazzin
8) Wanita yang mati kerana kelahiran [beranak]
9) Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10) Orang yang mati pada siang atau di malam Jumaat.

*Sumber dari memories-si-akma.blogspot.com

0 Responses to “Fakta Menarik Mengenai Angka 1-10 Dalam ISLAM”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam