Sunday, August 31, 2014

Keistimewaan Za'faran Yang Perlu Kira Tahu


Kitab  suci  Al-Quran terkandung di dalamnya rahsia bagi segala rahsia hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar sebagaimana disebutkan didalam surah Al-Israk  ayat 82 yang bermaksud "...dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman...".

Saffron atau Za'faran berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent stimulant) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linneaus' telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah (spice) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi :'Za'afaran', Jepun : 'Safuran', Hindi : 'Kesar', China : 'Fan Hong Hua', Tamil : 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu 'Koma-Koma'.

Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek (Prehistoric Greek). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian (Sepanyol) sehingga ke Asia (India dan China). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan (Mexico dan Argentina). 

Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus (kira-kira 400 tan metrik) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India (Jammu dan Kashmir) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia (sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.

KEISTIMEWAAN ZA'FARAN

Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi menghasilkan 10 grams stigma (filament) za’faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

*Sumber dari qalamislami.blogspot.com

0 Responses to “Keistimewaan Za'faran Yang Perlu Kira Tahu”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam