99% Orang Miskin Hari Ini Lebih Kaya Dari Nabi Muhammad


Seorang pendakwah terkenal Mesir bernama Dr.Mohammed Abdul Aziz berkata, seramai 99% umat Muslim yang miskin pada hari ini lebih kaya dari Nabi Muhammad. 

Dalam dialog dengan program Ikhtishar disaluran televisyen Al Mihwar, Dr Mohammed Abdul Aziz berkata "ketika ini 99% umat Islam yang berada dalam keadaan miskin lebih kaya dari Nabi Muhammad." 

Dia menambah "orang miskin saat ini mempunyai televisyen, bilik mandi, Peti sejuk, dan makanan, akan tetapi Rasulullah pernah dalam dua bulan dapurnya tidak berasap." 

Dr Mohammed Abdul Aziz meminta umat muslim saat ini untuk bersabar mengikuti kehidupan Nabi, kerana cubaan dan ujian adalah dari Allah semata. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com|Rassd/Ram

Comments