Friday, October 3, 2014

Menteri Bangladesh: Sampai Mati Saya Menentang Ibadah Haji, Hanya Buang Tenaga


Hati-hati ketika berucap. Walau tidak suka pada sesuatu, lebih baik menahan diri agar tidak melontarkan perkataan yang tidak elok atau menghasut. Contoh paling jelas adalah seorang menteri Bangladesh ini. 

Abdul Latif Siddique, Menteri Telekomunikasi Bangladesh ketika berada di New York bersama dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina, telah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan. 

"Sampai mati saya menentang ibadah Haji dan Jamaah Tablig. Dua juta orang pergi ke Arab Saudi untuk melakukan Haji. Haji hanya buang tenaga. Mereka yang melakukan haji tidak mempunyai produktiviti. Mereka hanya merosakkan ekonomi dengan menghabiskan banyak wang di luar negera, "ujarnya. 

Kenyataan Siddique ini menerima kecaman di seluruh negeranya sendiri. Akhirnya, dia digugurkan daripada kabinet selepas bantahan daripada parti-parti pembangkang. 

"Keputusan telah diambil untuk memecatnya daripada Kabinet," kata pegawai dari Pejabat Perdana Menteri yang tidak mahu namanya disiarkan. 

The Daily Star juga mengesahkan pemecatan itu dalam laporannya yang disiarkan di laman webnya. 

Beliau juga mengkritik kumpulan Islam bukan politik, Jamaah Tablighi, berjuta-juta pengikut yang berkumpul di luar ibu negara Bangladesh setiap tahun dalam apa yang dipanggil perhimpunan pihak berkuasa Islam yang kedua terbesar selepas Haji. 

Beliau berkata, kira-kira dua juta orang yang berkumpul "tidak melakukan apa-apa kerja kecuali menghentikan pergerakan trafik di seluruh negara," kata Siddique. 

Tiada komen dari Jamaah Tablighi.

*Disusun oleh Detik Islam dari islampos.com & Al-jazeera.com

0 Responses to “Menteri Bangladesh: Sampai Mati Saya Menentang Ibadah Haji, Hanya Buang Tenaga”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam