Monday, October 6, 2014

Penghancuran Kaabah Oleh Dzussuwaiqatain di Akhir Zaman

Mungkin, itulah zaman ketika Kaabah dihancurkan oleh Dzussuwaiqatain. Dalam hadis, Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah ibn Umar bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Kaabah, pengikutnya akan merampasnya dan menurunkan kain kiswahnya. Seakan-akan aku melihatnya botak dan ditinggalkan. "

Dalam Sahih al-Bukhari dan Musnad Ahmad diriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seakan-akan aku melihat Kaabah sedang diturunkan batu demi batu." 

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Dzussuwaiqatain dari Habasyah akan menghancurkan Kaabah." 

Dia disebut Dzussuwaiqatain kerana kedua betisnya kecil dan begitulah betis orang-orang Sudan pada umumnya. 

Mungkin timbul pertanyaan, bagaimana mungkin Kaabah dihancurkan padahal Allah telah menjadikannya terpelihara dan terjaga? Jawapannya: Dia terjaga sampai menjelang hari kiamat dan kehancuran dunia. Begitu yang dikatakan oleh an-Nawawi. 

Hal itu adalah benar jika kehancuran itu memang berlaku di zaman itu. Kalau tidak, maka itu merupakan hukum syariat yang Allah wajibkan kepada semua hamba-Nya untuk menjaganya. Jika ada orang yang memberontak dan merosakkan kehormatan Kaabah, Allah mungkin akan mencegahnya, sebagaimana yang berlaku ke atas pasukan bergajah Abrahah, tetapi mungkin juga tidak. Hikmah yang hanya diketahui oleh-Nya, sebagaimana yang terjadi pada golongan Qaramithah yang menyerbu dan melontar Kaabah dan sebagaimana yang akan terjadi pada si penjahat Dzussuwaiqatain ini.

0 Responses to “Penghancuran Kaabah Oleh Dzussuwaiqatain di Akhir Zaman”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam