Tuesday, March 17, 2015

Kalimah Pendek yang Membuat Syaitan Mengecil Seukuran Lalat


Seperti dijelaskan sebelumnya, syaitan dari golongan jin mempunyai saiz badan tertentu. Saiz itu boleh membesar dan mengecil. Apabila seseorang mengumpat dan mencelanya, syaitan membesar sebesar rumah. Karenanya Rasulullah melarang mengumpati syaitan.

Sebaliknya, Rasulullah mengajarkan sebuah kalimat singkat yang boleh membuat syaitan mengecil menjadi sebesar lalat. Bacaan itu tidak lain adalah basmalah. Yakni membaca "bismillah" atau lengkapnya "Bismillaahirrahmaanirrahiim".

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Walid Abu Malih, ayahnya yang pernah dibonceng Rasulullah menceritakan:

كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَعَثَرَتْ دَابَّتُهُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ . فَقَالَ لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ


Ketika aku dibonceng Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta merta aku berkata, "Celakalah syaitan." Maka beliau bersabda, "Jangan kamu katakan, 'celakalah syaitan,' sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya syaitan akan berkata; 'Itu terjadi kerana kekuatanku'. Akan tetapi, ucapkanlah 'Bismillah' sebab jika engkau mengucapkan basmalah syaitan akan mengecil hingga sebesar lalat. "(HR. Abu Dawud)

Inilah salah satu fadhilah (keutamaan) basmalah. Dalam Tafsir Al Qur'an al 'Adhim, setelah mengetngahkan hadis ini Ibnu Kathir menjelaskan: "Demikian itu berkat kalimah bismillah. Kerana itu, pada permulaan setiap perbuatan dan ucapan disunnahkan terlebih dahulu membaca basmalah. "

Betapa dahsyatnya kalimah basmalah, Hasan Bishri menjelaskan dalam buku Dahsyatnya Kekuatan Basmalah: "Jangankan syaitan yang lemah dan pengecut, gunung yang besar dan kukuh pun luluh lantak bila diturunkan Al Qur'an kepadanya."

Hadis tersebut juga mengajarkan kepada umat Islam agar tidak memperturutkan kemarahan dan emosi dengan mengumpat. Tidak pula dibenarkan mengaitkan musibah atau kemalangan dengan keyakinan bahawa itu terjadi akibat ulah syaitan. Tetapi sandarkanlah kepada Allah dengan membaca nama-Nya, berlindunglah kepada-Nya dari gangguan syaitan serta mara bahaya seraya meyakini bahawa tidak ada yang boleh melindungi kita dan tidak ada yang kuasa menimpakan bahaya kecuali Allah Azza wa Jalla.

*Sumber bersamadakwah.net

0 Responses to “Kalimah Pendek yang Membuat Syaitan Mengecil Seukuran Lalat”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam