Monday, August 10, 2015

Pencuri Tidak Tahu Berterima Kasih

bunga matahari langit

SEORANG wanita sedang menunggu di lapangan terbang suatu malam. Masih ada beberapa jam sebelum jadual terbangnya tiba. Untuk membuang masa, ia membeli buku dan beg kek di kedai lapangan terbang lalu mencari tempat untuk duduk. Sambil duduk wanita tersebut membaca buku yang baru sahaja dibelinya.

Dalam keasyikannya tersebut ia melihat lelaki di sebelahnya dengan begitu berani mengambil satu atau dua dari kuih yang berada di antara mereka. Wanita tersebut cuba mengabaikan agar tidak berlaku kekecohan.

Ia membaca, mengunyah kuih dan melihat jam. Sementara si pencuri kuih yang kurang ajar itu menghabiskan persediaannya. Ia semakin kesal sementara minit-minit berlalu.

Wanita itu sempat berfikir, "Jika aku bukan orang baik, sudah kutonjok dia!"

Setiap ia mengambil satu kue, si lelaki juga mengambil satu. Apabila hanya satu kue tersisa, ia bertanya-tanya apa yang akan dilakukan lelaki itu. Dengan senyum tawa di wajahnya dan tawa gugup, si lelaki mengambil kue terakhir dan membaginya dua. Si lelaki menawarkan separuh miliknya, sementara ia makan yang separonya lagi. Si wanita pun merebut kek itu dan berfikir, "Ya ampun orang ini berani sekali. Ia juga kasar, malah ia tidak kelihatan berterima kasih. "

Belum pernah rasanya ia begitu kesal. Ia menghela nafas lega apabila penerbangannya diumumkan.

Ia mengumpulkan barang miliknya dan menuju pintu gerbang tanpa menoleh pada si "Pencuri tak tahu terima kasih."

Ia naik pesawat dan duduk di kerusi itu, lalu mencari bukunya, yang hampir selesai dibacanya. Saat ia merogoh tasnya, ia menahan nafas dengan kaget. Di situ ada beg kuenya, di depan matanya.

"Kok milikku ada di sini," erangnya dengan patah hati.

Jadi kek yang ia makan di lapangan terbang bukanlah miliknya, tetapi milik lelaki yang bersedia berkongsi. Terlambat untuk minta maaf, ia tersandar sedih.

*sumber dari www.islampos.com 

0 Responses to “Pencuri Tidak Tahu Berterima Kasih”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam