"Suami jangan panas baran, tak baik perangai gini dok molek..masa kita nak minta anak orang bakpe kite baik sangat, bakpe kite tak garang.. patut kalu kite jenis bekeng wak bekenglah masa meminang.. walaupun kadang-kadang salah isteri kite, tanyalah elok-elok..berlembut tapi jangan lembik.." - Ustaz Azhar Idrus
“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”
Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa.
Wallahu a’lam..
*sumber Klip Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus @UstazYouTube
Comments