Tuesday, August 4, 2015

Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus: Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf


Bab Iman m/s 100
1. Makna iman ini ialah kite percaya ttg perkara2 yg kita dijadikan sbgai rukun percaya,percaya kpd Allah,percaya kpd Malaikat percaya kpd Kitab percaya kpd Rasul,percaya kpd hari kiamat dan percaya kpd qada' dan qadar.Ini asas dlm bab keimanan.

2. Bab qada'qadar ni panjang skit ulamak duk bahas dan ade golongan yg menafikan qada' iaitu mereka menolak yg Allah sudah tahu akan pkara yg akan berlaku,mereka anggap sesuatu kejadian itu berlaku dahulu baru Allah tahu seolah olah sama dgn manusia sedangkan Allah ni Maha Suci dgn sifat manusia,Semuanya bawah pengetahuan Allah belaka laka,golongan yg menolak qada' ni digelar qadariah.Dimana golongan ni Nabi saw kata seperti kafir majusi.

3. Kita ni ahli sunnah wal jamaah krn Nabi saw kata umatku akan bpecah kpd 73 kumpulan dan 72 golongan akan ke neraka dan 1 golongan sahaja yg masuk syurga,lalu sahabat tanye org mcmana yg masuk syurga ni lalu Nabi saw kata org yg mengikut segala sunnahku dan amalan sahabat2ku.

4. Jadi kite ni kene ngaji lah jangan nok ikut puok puok sesat,leni rama la puok2 sesat,siap bulih karang kitab ag gaduh nok karang nk wak jual sedangkan hukum dalam tu bahang rambang skali.

5. Syiah pun mengaku ahli sunnah,mmg pakat mengaku ahli sunnah belaka tp ade ke Nabi saw letak batu ketika nk solat,xdok nabi buat gtu maka bukan ahli sunnah lah tu.

6. Dulu ade ngajian di ganu ni tp leni senyap doh dia suruh belum mayang tu kene pejam mata kene bayang kaabah dulu baru boleh niat smyg kalu x tidok sah solat tu,haa ni ngarut belaka lah ni automatik keluar dr aswi krn bukan ajaran Nabi saw.

7. Ade sesetengah umat manusia yg tak nak beriman kpd Nabi lain,mereka henye nk beriman kpd nabi di zamannya nabi zaman lain mereka tolak sahaja maka mereka ni jgk automatik jd kafir.

8. Perihal mimpi jumpa Nabi saw ni bukan bende mustahil,boleh berlaku tp kene ingat 4 perkara iaitu mimpi jumpa Nabi ni jika harus berlaku ianya tak mustahil,kedua kalu kite cerita kat org lain dia tak wajib percaya pun makna jgn marah lah kalu xnak pcaya dan ketiga kalu mimpi tu suruh pinda hukum yg bcanggah dgn syarok maka tak wajib ikut.

Soal Jawab

1. Ade org kata kalu dia x g sejid pun xdgr pun xpe sbb aku baik aku dok nipu org,yg panah lagi nye dia dok smyg pun,guane ha ustaz?
- Jenayah disisi islam ni banyak,kalu mahkamah sivil kite xleh dakwa org xsmyg tp dlm mahkamah islam kite boleh dakwa,menipu ni mmg jenayah disisi dunia dan disisi syarok manakala dok smyg ni satu jenayah disisi islam dan dlm hukuman plok org dok smyg ni harus dihukum mati mandatori disisi islam,jadi kalu dok smyg tp mengaku org baik maka dok betul lah,krn dok smyg ni jahak drpd iblis,iblis xmbuh sujud kpd manusia je tp masih sujud pd Allah,dia ni dok smyg xmbuh sujud terus pd Allah.

2. Adakah anak jd derhaka bile xdoakan ibubapanya?
- Belum tentu derhaka krn dia bukan marah ibubapanya bile disuruh doa utk mereka.

3. Hukum merosakkan mangkuk tandas masjid?
- Kalu soalan gni mudah sgt je maksudnya merosakkan harta bende awam apatah lg herte bende masjid lagi la haram hukumnya,harta sendri pun dilarang rosak,membazir pun dilarang walaupun gune duit sdiri jd dia ni merosakkan harta bende masjid berdosa wajib kene ganti balik.

4. Betulkah akhir zaman ibu menjadi hamba kpd anak?
- Betul sungguh la krn ibu kene jaga serbe serbi,kene suruh tu suruh ni,maka nilah anak anak yg mperhambakan ibubapa sendiri.

5. Boleh ke nk bahagi lembu korban kpd 3 bahagian?
- Boleh krn tidak melebihi 7 bahagian,kalu lebih xleh haram buat 8 bahagian,3 bahagian xdok mslh.

6. Kalu xdok wuduk boleh x baca Al quran dalam hp?
- Boleh xdok mslh wuduk ni utk pegang muhsyaf Al Quran kalu baca kut hp xdok mslh.Yang haramnye baca bile hadas besar.

7. Haid sy tak menentu mcmana nk tentukan yer?
- Kalu xtetap hari kekadang sebulan 7 hari kekadang sebulan 10 hari maka kene cek molek lah,sembur air dulu dan cek dgn putik kapas utk tentukan masih ade darah atau takdok.Bile yakin doh daroh xdok boleh mandi lah hari xsama xape.

8. Boleh x nak ganti solat mak kite yg telah mati?
- Tak boleh yg bolehnya ganti puasa atau tolong lunaskan zakat.

9. Isu kabinet ni guana?
- Jadikan pengajaran lah,pertama walaupun no 2 paling kuasa tp sanggup kehilangan jawatan krn kebenaran krn hok betul dia betul jgk hok lain slaoh tu sohbeng care lagi lah,kedua walaupun tinggi mana pangkat sekalipun kalu Allah nk tarik sekelip mata je Allah boleh tarik.Jadi kite ni xleh duduk diam,bile ade kemungkaran wajib kita cegah.

10. Jika org tu ajok nikoh adakah dikire bertunang?
- Dok lgi tu baru meminang,Bertunang ni bile perempuan tu setuju utk dijadikan isteri,beri cincin xdok mslh krn bg hadiah ke tunang ni pkara molek disisi syarok yang dok moleknye bilee putus tunang g mintok balik cincin hok dia beri ni semua bodoh bongok belaka.

11. Boleh ke hukum pencuri lembu diberi makan tahi lembu dan kereta dibakor?
- Dok bulih wak gtu kene ikut panduan syarok lah,kalu pihok bkuasa lepas pencuri msykt boleh btindak sdiri dgn kadar patutu dgn hukum utk menyenangkan masyrkt drpd kezaliman dan kesusahan.

Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dr page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus deh

*sumber Klip Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus @UstazYouTube

0 Responses to “Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus: Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam