Aurora dalam Al-Quran

TELAH kita ketahui bersama bahawa rasa cinta Allah kepada kita sangatlah besar. Walaupun kita sendiri tahu bahawa cinta Allah lebih besar berbanding cinta seorang ibu kepada anaknya. Allah Yang Maha Cinta memberikan apa-apa yang kita perlukan di bumi ini. Dia lah sebaik-baik penjaga dan pelindung. Allah telah merancang bumi dan alam semesta ini dengan begitu sempurna sehingga tak ada cacat sedikit pun. Segala sesuatu yang terjadi di bumi ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.

Kita mungkin pernah mengetahui kejadian ketika sinar matahari mengenai bumi, medan magnet menahan dan memaksanya untuk berinteraksi dan pergi menjauh. Salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah. Ternyata begitulah Allah melindungi kita dari kesan buruk angin matahari yang mematikan. Sebagai akibat dari interaksi ini terbentuklah fenomena apa yang dikenali dengan "aurora".

Para saintis mengatakan, seandainya tidak ada fenomena seperti ini, seluruh makhluk yang berada di muka bumi ini akan hangus terbakar. MasyaAllah, betapa Allah sangat menyayangi makhluk-Nya. Oleh kerana itu Allah bersumpah dengan fenomena ini kerana fungsinya yang sangat penting dalam kehidupan kita sementara kita tidak menyedarinya. Allah berfirman:

"Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja." (QS. Al-Insyiqaq: 16)

Persoalannya adalah, bukankah ayat ini merupakan bukti bahawa Al-Quran adalah firman Allah Yang maha benar? Tidak ada seorang pun yang menyedari pentingnya fenomena ini pada masa Nabi SAW. Tetapi Allah menyebutkan dalam kitab suci-Nya untuk membuktikan kebenaran kandungan kitab suci ini. Mahabenar Allah dengan segala Firmannya.

*sumber dari islampos.com

Comments