Saturday, December 31, 2011

Cukup pantas! jaraknya hanya satu hembusan nafas sahaja

"Kita juga sangat dekat dengan apa yang telah menimpa mereka (kematian)" (Ibnu Jauzi)

Jarak tempuh menuju alam barzah sangat cepat, secepat kilatan cahaya. Jaraknya hanya terhad oleh satu nafas yang tidak berhembus lagi. Tidak perlu membawa kenderaan, tidak perlu berjalan dan berlari, tidak perlu berjalan kaki sebab sudah ada malaikat maut yang akan menjemputnya.

Ini sebuah bentuk perkhidmatan terbaik bagi orang asing yang baru memasuki sebuah kawasan baru. Sepertinya tidak ingin menyusahkan orang yang ingin memasukinya. Penyambu sudah dipersiapkan, ada sambutan meriah seperti tetamu kehormat yang telah berjasa besar, ada pula sambutan yang meluluh lantahkan seluruh jiwa dan raga.





Dekatnya jarak dan pengangkutan malaikat maut, membuat manusia tidak bersedia untuk berbuat kebaikan walau hanya tersenyum, walau hanya menggerakkan bibir untuk berzikir, walau hanya ingin mengucapkan istighfar, semuanya sudah terlambat seperti kayu yang sudah menjadi arang.

Proses ini direka oleh Allah, agar manusia bertafakur, berkotempelasi, berfikir, berjuang dan selalu bersiap sedia menghadapinya dan membawa bekalan untuknya seperti pasukan yang bersiap siap sedia, apabila berperang.

Bersiap siagalah membawa bekal diwaktu malam dan siang, waktu tidur dan terbangun, diwaktu sihat dan sakit, diwaktu bersendirian mahupun ketika orang ramai.

Hilangkan keterlenaan dan kelalaian dari perhiasan dan gemerlapnya dunia yang nyata. Larilah dari tarikan-tarikan yang menuju kerendahan. Tutuplah telinga dari nyanyian syahdu. Pejamkan mata dari pandangan yang penuh nafsu.

Kuncilah bibir dari ucapan yang tak perlu. Waspadalah kerana pintu itu terbuka secara tiba-tiba dan tidak terduga. Ingat sebaik-baiknya bekalan adalah taqwa.

Gerbang kematian adalah pintu yang setiap makhluk pasti melaluinya. Kitaran hidup seluruh makhluk sama, dilahirkan untuk menuju pintu kehidupan lalu menuju ke gerbang kematian.

Lihatlah sejarah tamadun makhluk sejak alam diciptakan sampai masa kini semuanya mengalami kemusnahan dan kematian. Kita hanya tinggal menunggu bila-bila dia akan datang. - Disusun dari eramuslim

1 Responses to “Cukup pantas! jaraknya hanya satu hembusan nafas sahaja”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam