Subhanallah, hikmah di sebalik aktiviti-aktiviti arah lawan jam

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.


Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.

Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.


Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.


Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.


Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?


Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -

Comments

Yasmin Yusuf said…
mohon share entry berguna ini..saya akan kredit untuk blog awak..tq
Shiqin Sunshine said…
minta izin share... (^^,)
Cik Azz said…
Betul la..

Saya kalau kacau air atau buat kek, selalu buat arah lawan jam.. Kalau ikut arah kanan, rasa macam kekok sikit, agak tak selesa..

Subhanallah... Semuanya bersangkut-paut... Allah Maha Mengetahui..
Anonymous said…
Dan sebenarnya ciptaan Yahudi memang menafikan hukum alam yang ditetapkan Allah swt. Lihatlah jam dan kipas - kedua-duanya anti-tawaf. Kalau diperhatikan betul2, kalau suis kipas dimatikan, jika angin bertiup, bilah kipas bergerak mengikut pusingan tawaf - secara tidak langsung menunjukkan bahawa angin juga bertawaf. Wallahualam.
Anonymous said…
sub ha nallah Allah maha pencipta
Anonymous said…
Mohon share
Anonymous said…
Mohon share utk page fb HIJRA TIMEPIECES JOM HIJRAH...syukran
Anonymous said…
Sekarang dah ada alternatif utk jam yg ikut arah tawaf...cari jam HIJRA
Anonymous said…
apa kelebihannya pula apabila tenaga positif dihasilkan?