Friday, February 22, 2013

Data perceraian: Lelaki Saudi masih tidur dengan bekas Isteri mereka

Talal Al-Bakri, seorang pegawai Saudi, mencadangkan adanya undang-undang yang boleh melindungi hak-hak perempuan yang bercerai. Dia merasa prihatin bahawa selama ini ramai lelaki Saudi yang masih terus 'tidur' bersama dengan bekas isteri mereka selepas perceraian melalui proses tanpa kehadiran si isteri.

Al Bakri, seorang ahli Dewan Syura (Parlimen) mengatakan undang-undang baru itu diperlukan kerana adanya peningkatan yang tinggi dalam kes perceraian di kerajaan Saudi, negara dengan ekonomi terbesar di Arab.

"Saya akan menjadi salah satu penyokong terkuat undang-undang yang akan melindungi hak-hak perempuan Saudi ini, termasuk faedah, hak penjagaan anak, dan hal-hal lain," katanya kepada harian berbahasa Arab Saudi 'Sabq'.

"Undang-undang ini juga menjadi penting mengingat fakta bahawa ramai lelaki menceraikan isteri mereka tanpa memberitahu mereka dan mereka terus tidur dengan isteri mereka selama berbulan-bulan. Ini tidak adil kerana sejak perkahwinan dengan persetujuan dari dua belah pihak, perceraian juga harus diselesaikan di hadapan dua orang itu. Saya berkeras menentang perceraian tanpa kehadiran si isteri. "

Bakri berkata Dewan Syura sudah bersetuju dengan cadangan ini.

Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar di dunia, mempunyai angka perceraian tertinggi di dunia, dengan satu kes perceraian berlaku setiap setengah jam pada tahun 2010 sahaja. Data rasmi menunjukkan Kerajaan Saudi mencatat 18.765 perceraian selama tahun 2010, lebih dari 35 peratus dari angka perkahwinan Saudi.

0 Responses to “Data perceraian: Lelaki Saudi masih tidur dengan bekas Isteri mereka”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam