Syiah sesat: Keyakinan Khomeini terdapat hari-hari sial setiap bulan

Khomeini menyakini bahawa terdapat hari-hari sial dalam setiap bulan, di mana setiap penganut Syiah wajib untuk menghentikan segala aktivitinya. Dan bahwsanya pergeseran bulan ke buruj bintang tertentu menimbulkan pengaruh negatif terhadap aktiviti manusia. Maka orang-orang Syiah wajib untuk menghentikan setiap aktiviti yang telah mereka lakukan hingga bulan melewati buruj tersebut.

Keyakinan semacam ini jelas mengeluarkan orang yang mempercayainya dari lingkup iman, sebagaimana telah diketahui oleh sesiapa pun yang telah belajar akidah, pemula sekalipun.

Hal yang menunjukkan akidah Khameini yang kufur ini adalah kenyataan dalam bukunya Tahrir al-Wasilah, 2/238, "Makruh hukumnya untuk mengadakan akad nikah sementara bulan sedang berada pada buruj Cancer, atau pada akhir bulan, atau pada salah satu hari-hari sial dalam setiap bulan yang terdiri dari tujuh hari, iaitu; hari ke-3, hari ke-5, hari ke-13, hari ke-16, hari ke-21, hari ke-24, dan hari ke-25. Demikianlah pada setiap bulan. "

Khameini telah mengutuk perkataan imamnya sendiri, iaitu Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu yang diriwayatkan dalam kitab Nahj al-Balaghah (iaitu kitab yang paling dipercayai bagi Syiah), "Wahai sekalian manusia! Jauhkanlah diri kamu dari mempelajari ilmu perbintangan kecuali sekadar untuk menjadi panduan di darat mahupun laut, kerana sesungguhnya hal tersebut boleh menyeret seseorang kepada dunia perdukunan. Ahli nujum itu seperti seorang dukun, dan dukun ibarat seorang tukang sihir. Tukang sihir serupa dengan orang kafir, dan orang kafir tempatnya di neraka. "(Lihat Nahj al-Balaghah, 1/157).

Pemimpin revolusi Syiah Iran, sang tokoh yang banyak dialu-alukan, ternyata akidahnya menyimpang jauh dari Islam. 

Comments

Anonymous said…
Ayatussyaitan Khomeini...DAH MAMPUS PON